Zoo Dan Aquarium Di Sekitar Tokyo – FARIS FATHIL

● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●
Zoo Dan Aquarium Di Sekitar Tokyo
● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●


Bagi peminat haiwan dan hidupan marin, anda boleh melawat ke zoo dan akuarium yang menarik di sekitar Tokyo. Mungkin ada haiwan liar atau hidupan marin yang anda tidak pernah lihat sebelum ini jadi inilah peluang anda melihatnya jika anda berada di Tokyo.

1️⃣Ueno Zoo

Hanya 5 minit berjalan kaki dari Ueno Park. Zoo ini adalah zoo tertua di Jepun dan ianya dibuka pada tahun 1882. Bagi sesiapa yang ingin melihat panda dengan lebih dekat boleh datang ke zoo ini. Dengan bayaran masuk hanya 600 yen dan ianya dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5 petang.

2️⃣Sumida Aquarium

Sumida Aquarium ini terletak di tingkat bawah Tokyo Skytree dan ianya dibuka pada Mei 2012 untuk orang ramai. Walaupun saiznya yang agak kecil tetapi ianya mempunyai hidupan marin yang unik dari lautan di sekeliling Tokyo dan Pulau Ogasawara. Dibuka seawal jam 9 pagi hingga 8 malam dengan bayaran masuk 2050 yen seorang.

3️⃣Maxell Aqua Park Shinagawa

Maxell Aqua Park Shinagawa terletak di Shinagawa iaitu selatan Tokyo. Ianya adalah gabungan aquarium dan mini taman tema. Anda boleh cuba permainan interaktif yang disediakan untuk para pengunjung. Di sini anda dapat melihat persembahan dolphin yang menarik. Anda juga dapat melihat obor-obor yang masih hidup dengan lebih dekat lagi. Ianya dibuka pada jam 10 pagi hingga 8 malam dengan bayaran masuk 2200 yen.

4️⃣Sunshine International Aquarium

Akuarium ini terletak di Ikebukuro. Anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit dari stesen Ikebukuro untuk ke Akuarium ini. Akuarium ini mengumpulkan pelbagai jenis spesis reptilia dan hidupan marin dari seluruh pelusuk dunia seperti pari, ular, penguin, katak, anjing laut dan banyak lagi. Ianya dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang dengan bayaran masuk sebanyak 2200 yen.

5️⃣Tokyo Sea Life Park

Mempunyai pelbagai jenis spesis hidupan laut dari semua jenis lautan di dunia seperti lautan pasifik, lautan atlantik, lautan india dan yang lain-lain. Terletak di Kasai Rikai Park di mana anda boleh bersiar-siar di sekitar kawasan kerana terdapat juga Ferris Wheel dan Bird Sanctuary Park. Dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 4 petang dengan bayaran masuk hanya 700 yen.

sumber foto: www.japan-guide.com


Artikel ditulis oleh Faris Fathil, untuk JomPJapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *