YUBARI MELON : Tembikai 5 Juta Yen

Sebijik buah tembikai ni boleh cecah sampai 5,000,000 JYP bersamaan RM192,738.90. Biar betul, mahal nyee! 😱😱 Dah macam nak beli rumah 🤧

Haaa nilah Yubari melon ( 夕張メロン) 🍈 atau dikenali sebagai rockmelon. Berbeza dengan melon di Malaysia yang sering dijadikan sebagai manisan dan snek harian, Yubari melon merupakan buah berstatus tinggi dan mahal. Ia juga sering diberi sebagai hadiah bagi tanda penghargaan, ucapan tahniah atau untuk mengambil hati orang yang dihormati.

Kenapa Yubari Melon sangat mahal? 🤔Ini disebabkan Yubari melon ditanam menggunakan ‘raised bed’ di mana tanaman tersebut tidak menyentuh tanah di lantai . ‘Raisen bed’ memudahkan para petani untuk mengawal jumlah air yang patut diperoleh setiap tanaman dengan tepat, dan penyaman udara serta pemanas bagi mengawal suhu supaya tetap sepanjang tahun. Oleh itu, ia memerlukan penjagaan dan perhatian sepenuhnya.

Haa, lain kali kalau pergi Jepun, jangan terkejut tau tengok harga melon yang dijual. And kalau ada rakan Jepun yang memberi anda melon, jangan pula pandang sebelah mata, buah tu mahal tau! 🤣🤣


Artikel ditulis oleh RAFIQAH MOHAYGEN. Beliau merupakan Pelatih NIJI. Kenali Rafiqah Mohaygen dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *