PERBAIKI ETIKA KERJA (WORK ETHIC) & DISIPLIN KENDIRI (SELF-DISCIPLINE)|BLOG NIA #11

Assalamualaikum

I think to be a good leader, you just need to have a great work ethic & self discipline. Jadi pada bulan ini, saya melangkah lagi selangkah ke hadapan untuk membina etika kerja saya sendiri.

Mula-mula sekali ialah pembahagian masa.

Sekarang ni saya amalkan, buat kerja-kerja terpenting AHB dari pagi sampai pukul 12 tengahari DAN cuma boleh online lepas pukul 2 petang saja. Lepas tu masa untuk berchatting pulak ialah pukul 4 petang sampai pukul 10 malam. Of course baru-baru amalkan ni ada la jugak melanggar bahahaha..tapi akhir-akhir ni saya selalu over time, kadang-kadang stay dekat pusat operasi sampai pukul 2:30 jadi cuma boleh online dan update akaun sosial AHB dah lewat-lewat pukul 3 macam tu. Sebenarnya update akaun sosial tu kerja admin, tapi takpe la awal-awal ni saya buat dulu. Oh ya, masa untuk makan pon saya dah set mula dari pukul 12 tengahari saja. Jadi basically buat kerja time perut tengah kosong dan waktu makan tu kiranya ialah ganjaran sebab dah buat kerja sebelum tu. Camtu….amacam, smart tak? at least i’m trying to improve myself 😎

Okay, itu pembahagian masa a.k.a sebahagian dari self-discipline.  Skg etika kerja pula.

Saya sebelum ini bukanlah orang yang peka sangat hal-hal ‘failing’, apa lagi kalau saya tak faham apa yang saya buat. Tapi sejak saya melancarkan Program SOKOLA ni barulah saya nampak kepentingannya. Satu, fail-fail yang dihasilkan macam laporan, analisis, rekod dan sebagainya boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan bila nak mohon dana-dana yang besar nanti, kedua, fail-fail ini juga boleh menunjukkan yang AHB bukanlah idea bisnes main-main dan juga boleh menunjukkan kreadibiliti saya juga dalam menguruskan AHB. Jadi harapnya, fail-fail ini juga boleh memberikan kepercayaan kepada bakal pelajar & pelabur selepas ini. 💪

Jadi itu saja la untuk laporan perkembangan diri buat masa ni haha. Syukur Alhamdulillah, semakin lama semakin baik. Walaupun masih belum boleh buat duit lagi, tapi at least dengan perubahan yang baik ni pon dah cukup buat saya rasa happy 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *