
Tahukah anda apa ini?—————————-Inilah rupa sebenar pokok wasabi. Rupa dia mungkin kurang menarik. Tetapi, rasanya sangat lazat dan menyelerakan.
Kepada penggemar makanan Jepun, sudah semestinya kenal dengan wasabi. Ia merupakan sejenis makanan berwarna hijau yang selalunya dijadikan sos pencicah dan dimakan bersama sushi. Wasabi adalah sejenis tanaman herba daripada keluarga Brassicaceae (kubis).

Wasabi terhasil setelah bahagian akar pokoknya diparut. Ia dimakan sebagai penyeri masakan Jepun seperti sashimi, sushi, soba, dan ochazuk. Rasanya pedas, tajam dan kuat hingga menusuk ke hidung menyebabkan ada yang kurang menggemarinya. Tetapi tidak kurang juga yang menyukainya untuk menyeimbangkan rasa hanyir sushi.
Wasabi merupakan antara tumbuhan yang susah untuk ditanam. Ia memerlukan bekalan mata air yang berterusan dan ia hanya boleh hidup dengan suhu sekitar 8 hingga 20 darjah celcius sepajang tahun. Perbezaan suhu, kelembapan atau minerel boleh menyebabkan pertumbuhan mereka menjadi masalah. Malahan, ia juga mudah terdedah kepada penyakit dan haiwan perosak.

Wasabi juga memerlukan masa yang lama untuk dituai. Ia hanya boleh dituai setelah 18 bulan ditanam. Oleh kerana proses penanamnya yang sukar, ia menjadikan wasabi sangat mahal. Wasabi sebenar tersangatlah mahal dan sukar didapati. Kebanyakkan pes hijau wasabi yang anda makan selama ini bukanlah wasabi yang sebenar. Jika anda semak semula bahan-bahan pada paket tersebut, ia merupakan gabungan pemanis, lobak pedas dan mungkin peratusan kecil wasabi sebenar.
Selain itu juga, wasabi sebenar akan memuncak rasa pedasnya selepas 5 minit anda memarutnya dan rasanya akan hilang hampir kesemuanya jika ia dibiarkan selama 30 minit.
Artikel ditulis oleh RAFIQAH MOHAYGEN. Beliau merupakan Pelatih NIJI. Kenali Rafiqah Mohaygen dengan lebih dekat lagi di sini.