
Assalamualaikum semua! Sihat? Admin harap para pembaca berada dalam keadaan yang sihat-sihat saja ya😄
Dalam post admin kali ini, admin nak terangkan pula mengenai visi & misi akademi 🙂Biasalah dalam setiap bisnes pon, mesti ada visi dan misi kan? Walaupun sebenarnya para pembaca boleh membaca mengenai visi dan misi akademi di bawah tab “MENGENAI KAMI“. Tetapi dalam post ini admin mahu menerangkan saja lagi, InsyaAllah.
Sebelum itu, sudahkan pembaca semua tahu apa matlamat AHB pada tahun ini? Jika belum, boleh baca post yang admin naikkan pada minggu lepas ya🤩 Baiklah, tanpa membuang masa lagi, jom kita teruskan. Yang pertama sekali, VISI. Jadi apakah visi akademi??
VISI AHB
Visi AHB ialah untuk menjadi akademi yang berkesan dalam membantu menghasilkan tenaga manusia dan bakat yang boleh menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya bidang seni hiburan.
Penerangan : Menghasilkan tenaga manusia ini juga bermaksud para followers AHB, yang selalu mengikuti update dari AHB, tak semestinya pelajar akademi tau. Tapi kalau jadi pelajar akademi sebenarnya lagi berkesan dalam menyokong visi AHB. Macam mana tu? Itu nanti admin akan terangkan pada post yang lain ya😃
Baik, yang seterusnya misi akademi pula!
Misi utama AHB untuk 5 tahun ini hanya ada 4 saja iaitu;
🔸 Menghubungkan negara Malaysia dengan negara Jepun & Korea Selatan melalui perkongsian info di akaun sosial media, program dan aktiviti akademi.
🔸 Mendidik dan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia melalui perkongsian info di akaun sosial media, program dan aktiviti akademi mengenai negara Jepun & Korea Selatan.
🔸 Melahirkan rakyat Malaysia yang bersemangat dalam mempromosikan Malaysia melalui program dan aktiviti akademi dan mengeratkan hubungan dengan negara Jepun & Korea Selatan.
🔸 Melatih dan mempromosikan bakat seni Malaysia yang boleh dibawa ke Jepun & Korea Selatan ATAU yang boleh sama-sama mengeratkan hubungan Malaysia dengan 2 negara melalui bakat yang mereka ada.
Jadi inilah dia visi & misi akademi! Sebenarnya misi ini perlu diterangkan satu persatu supaya lebih jelas tapi untuk post ini admin hanya terangkan sampai di sini saja dulu. Sampai di sini saja, InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada post akan datang dengan perkongsian yang lain pula k! Assalamualaikum😄