Usaha Malaysia Dalam Menangani COVID-19 – KAMAL ZHARIF

Ramai di antara kita sedikit sebanyak diringankan masalah.

 

Terima kasih atas usaha pihak kerajaan bagi menyelamatkan ramai orang dari kancah COVID-19.  Kami di Jepun juga rasa lega kerana pihak di Malaysia sedang dipermudahkan urusan masing-masing. Semakin duduk di Jepun, ada benda yang dapat dilihat di Malaysia,

  1. Masalah yang ada dapat diselesaikan dengan cepat. Maksudnya tindakan dapat dilaksanakan tanpa lengah-lengah.
  2. COVID-19 ini memberitahu bahawa Malaysia mengikut saranan WHO, iaitu ‘test, test, test’. Ini dapat mempercepatkan untuk membendung wabak. Kadar testing yang dibuat juga 482 per juta kapita, di mana 4x – 31x lebih tinggi dari negara ASEAN dan lebih tinggi dari negara EU.
  3. Perintah Kawalan Pergerakan dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dijalan dengan serta merta. Walaupun ia payah, tetapi ini satu cara yang efektif.
  4. Mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami masalah rakyat yang sedang berlaku sekarang.
  5. Bahasa yang digunakan oleh kerajaan mudah untuk faham. Bahasa yang tidak bombastik digunakan. Kanak-kanak pun boleh faham perkataan yang diluahkan.
  6. Kadar kematian di Malaysia akibat COVID adalah pada paras 0.77%, rendah juga berbanding negara-negara maju lain. Secara globalnya, kadar kematian adalah pada 4.4%.
  7. Ujian dan rawatan diberikan percuma. Sesetengah negara lain tidak mendapat manfaat tersebut. Ada yang perlu bayar sejumlah yang banyak, ada yang hanya dapat diskaun sahaja.
  8. Malaysia tidak mengutamakan meeting, meeting, meeting dan meeting yang tidak berkesudahan apabila menghadapi sesuatu masalah besar.
  9. Malaysia dipilih oleh WHO sebagai antara negara pertama bagi membuat kajian kesan ubat rawat pesakit COVID-19.
  10. Menurut 2019 International Living Global Retirement Index, Malaysia menduduki tempat pertama (1st) dalam ‘Best Healthcare’ dalam kategori ‘Dunia’.

Mengikut JP Morgan, bank pelaburan US, keupayaan Malaysia menangani wabak adalah jauh melebihi negara ASEAN dan juga melebihi beberapa negara Eropah.

 

Oh satu lagi, bagi yang beragama Islam pula;

Daripada Aisyah RA, aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wabak taun, maka Rasulullah SAW memberitahu kepadaku:

“Sesungguhnya ia adalah azab yang Allah jadikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, Dia juga menjadikannya rahmat buat orang-orang mukmin, Maka mana-mana lelaki yang berada dalam suasana wabak taun, lalu dia kekal berada di dalam rumahnya dengan penuh kesabaran dan mengharap ganjaran Allah, dengan dia mengetahui bahawa tiada musibah akan menimpanya kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah nescaya dia akan mendapat pahala seperti orang mati syahid.” HR Ahmad, Syeikh Syuaib Arnaout: Isnadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari.

 

Artis atau orang bukan artis juga kita dapat lihat menerima kesan dari wabak. Ada di antara mereka dari golongan berada dan ada di antara mereka seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sesungguhnya, mencabar ujian-ujian yang kalian terima.

Mari kita langkah ke depan mencari rezeki lagi.

Begitulah Malaysia yang kita tahu.

sumber foto: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/23/covid-19-current-situation-in-malaysia-updated-daily


Artikel ditulis oleh Kamal Zharif untuk JOM P JAPAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *