UPGRADE PUSAT OPERASI|PERKEMBANGAN AKADEMI #9

Assalamualaikum

Alhamdulillah, di bawah ialah perbezaan pada pusat operasi dalam masa sebulan🥰

Sebenarnya saya pergi ke pusat operasi pon bukan selalu sebelum ni. Dalam 2, 3 seminggu saja. Jadi kerja saya setiap kali pergi ke pusat operasi ialah untuk buat kerja-kerja upgrade seperti menampal info pada dinding dan sebagainya.

Objektifnya ialah supaya, bila ada orang yang datang berkunjung ke pusat operasi nanti, bolehlah mereka tahu apa sebenarnya AHB ni.

Lagi pon benda basic yang setiap institut, organisasi atau perniagaan mana pon mesti pusat operasi mereka ditampal dengan info-info yang boleh menerangkan siapa mereka kan? hehe

Cumanya bagi AHB ni, orang yang boleh buat kerja-kerja upgrade dekat pusat operasi ni cuma saya seorang saja skg 😂 Jadi progresnya itu agak lambat la, hehe

Apa pon saya berpuas hati dengan hasilnya 😁

Jadi dekat bawah ini ialah antara hasil kerja-kerja upgrade setakat 12 Ogos 2020! 🤩

Pada dinding di belakang tempat duduk, saya letakkan logo beserta moto AHB. Dan di sepanjang dinding saya naikkan info mengenai visi, misi, program utama AHB iaitu PROGRAM SOKOLA & juga pelan bangunan AHB.

Di hadapan tempat duduk saya pula saya wujudkan Sudut Inspirasi untuk saya letakkan dengan gambar-gambar dan apa saja la yang boleh menaikkan semangat saya, hehe. Dah terang lagi bersuluh la saya akan letakkan dengan apa saja yang berkaitan dengan boygroup kan? 😁🥰

Okay, cuba tengok dekat papan putih dekat hujung tu. Pada papan putih tu saya tampal dengan sudut Dasar Pandang Ke Timur. Tapi info saya tak naikkan lagi la, tak sempat hahaha😆

Jadi itulah dulu hasil upgrade pusat operasi sementara AHB untuk bulan ni hehe. Saya belanja lagi beberapa gambar lain 😄

Baiklah, nanti 12 September saya akan naikkan pula hasil upgrade seterusnya ya haha..seronok juga boleh buat report macam ni🥰

InsyaAllah, step by step..ganbarimasu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *