Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini sudah genap 3 minggu kita sudah melangkah masuk ke tahun 2020. Bagi saya sendiri, ada banyak benda yang telah saya lakukan dalam masa 3 minggu ini untuk Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB). Orang lain mungkin tak nampak dan itu tidak mengapa, yang penting saya nampak hasil kerja saya, itu lebih penting đ„°
Oh ye, saya pasti mesti ada yang cakap, JANGAN BUAT KERJA SENDIRI, KENA CARI TIM/PASUKAN. Itu memang betul. Lagi-lagi kalau dalam bisnes. Tapi tak semestinya kena cari tim dulu baru boleh buat kerja kan? đ€ Saya percaya dalam kes AHB, saya kena buat kerja dulu barulah saya boleh yakinkan orang untuk sertai tim pengurusan nanti.

Memang tak saya nafikan boleh demam 7 hari 6 malam bila banyak kerja yang perlu saya buat (seorang) haha…tapi saya anggap itu sebagai cabaran pada awal bisnes. Takpe. Yang penting buat kerja satu, satu. Langkah demi langkah.
Jadi Alhamdulillah dah masuk minggu ke 4 ni barulah saya boleh mulakan kerja untuk membina tim iaitu dengan membuka pendaftaran pelajar kepada semua rakyat Malaysia yang sudah berusia 13 tahun ke atas.
Ye betul, saya nak ramaikan lagi pelajar akademi kerana pada saya pelajar inilah ‘tim utama’ yang boleh menggerakkan misi akademi untuk menghubungkan antara 3 buah negara timur iaitu Malaysia, Jepun & Korea Selatan.

Daripada ‘tim utama’ ini nantilah baru saya boleh buka langkah yang lain seperti mencari ejen, admin, pengurus projek dan sebagainya. Dari situ sudah boleh latih pelajar yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam menyumbang kepada akademi dan seterusnya boleh diserap masuk ke dalam tim pengurusan AHB. Macam itulah langkah-langkah yang akan saya ambil untuk bentuk tim pengurusan.
Apa yang penting sekarang ialah, melalui pendaftaran pelajar ini jugalah sebenarnya yang membolehkan akademi untuk terus berjuang bagi tahun ke 2 operasi. Pendaftaran pelajar ini secara tidak langsung menunjukkan tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap misi & visi AHB.
Baik, pembaca semua boleh klik link ini untuk membaca maklumat mengenai pendaftaran pelajar dan juga Kelab Tori Tori (Kelab Tori Tori ni kalau tak faham konsepnya takpe. Kita abaikan dulu skg, haha). Yuran pendaftaran juga rendah saja, tak sampai RM 50 dan dibayar sekali seumur hidup saja.

Selepas mendaftar sebagai pelajar, pembaca boleh update di page facebook AHB sebab dekat situ kita akan bagitahu aktiviti dan program lain yang boleh pelajar sertai. Pelajar juga berpeluang untuk menjadi ejen, admin, pengurus projek dan sebagainya. Segala pengumuman akan dinaikkan di page facebook juga. Kalau taknak buat apa-apa selepas mendaftar sebagai pelajar juga sebenarnya tak menjadi masalah. Faham la saya yang pembaca hanya mahu membantu AHB dengan menjadi pelajar, hehe. Itu saja pon sudah cukup bermakna kepada saya đ„°.
Oh ye! Antara aktiviti yang boleh pelajar sertai pada masa skg ialah UJIAN PENILAIAN yang kami jalankan melalui platform pembelajaran ; JAPPON , GORYEO, SAHMURA & BULETIN NIJI. Boleh baca pinned post pada page-page facebook platform pembelajaran ini ye.
Baiklah, jadi itu saja yang boleh saya laporkan mengenai perkembangan akademi pada minggu ini. Saya harapkan supaya pada hujung tahun ini saya dapat membentuk tim pengurusan di kalangan pelajar yang mendaftar pada tahun ini, InsyaAllah…perlahan-lahan, GANBARIMASU!đȘ