TIGA SEBAB ANDA MESTI MENONTON DRAMA JEPUN

Poster drama Jepun, ‘INFLUENCE’ yang ditayangkan pada 20 Mac 2021

Kalau anda merupakan peminat drama, saya cadangkan untuk anda cuba menonton drama Jepun. Kenapa?

Jom tengok tiga sebab di bawah.


1. Pendek.

Ya, drama Jepun sangat pendek jika dibandingkan dengan drama Korea atau drama Melayu. Drama Korea biasanya ada 20 episod, drama Melayu pula lebih kurang 28 episod untuk satu cerita. Manakala, drama Jepun pula ada 10 episod sahaja.

Ye, 10 episod sahaja. Pendek, kan?

Pendek sangat. Tak sampai satu hari pun dah boleh habis drama marathon.


2. Pelbagai.

Ini pun satu lagi kelebihan drama Jepun. Tema yang pelbagai. Cakap je nak cerita apa, semuanya ada. Cerita tentang guru, tentang doktor, tentang perdana menteri, malah cerita pembuat roti pun ada!

Menariknya setiap tema akan diceritakan secara terperinci, sehingga penonton boleh mempelajari ilmu baru menerusi drama.

Contohnya, untuk drama tentang perubatan, ‘doktor’ akan menerangkan tentang sesuatu penyakit dengan cara yang mudah difahami untuk rujukan penonton.


3. Berfokus.

Setiap drama Jepun sangat berfokus pada satu-satu tema yang diketengahkan. Contohnya drama tentang guru, akan bercerita perihal guru sahaja.

Yang seronoknya, kita boleh belajar macam-macam daripada cerita itu.

Yang tak seronoknya pula, kadang-kadang tak ada langsung kisah romantik antara hero dan heroin drama. Ada kalanya, dah beberapa siri drama pun, hero dan heroin masih berkawan sahaja tanpa progress.

Yang ini, penonton kena terima dan bersabarlah walaupun pastinya frust.


Artikel ditulis oleh AKARI SENSEI. Beliau merupakan salah seorang krew TAIYOU7 MEDIA TEAM. Kenali Akari Sensei dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *