TEKNIK MUDAH BELAJAR BAHASA JEPUN : Hiragana (bahagian 1) | JAPPON

Malunya , bertahun tahun tengok drama Jepun, satu huruf Jepun pun tak boleh dibaca. 😅

Paling tak boleh tahan , bila adik sendiri tanya “Long, kau buat apa dowh bazir masa tengok drama , bukannya pandai baca pun sampai boleh ajar orang ?”

Haish, ini dah mencabar kak long kawasan ni !

Ya, ramai terkandas untuk menguasai bahasa Jepun kerana takut melihat bentuk huruf KANA nya yang 360 darjah berbeza dari huruf Rumi.

Mempelajari hiragana dan katakana (asas tulisan jepun) merupakan topik utama dalam penguasaan Bahasa Jepun. Daripada penguasaan hiragana dan katakana ini, lebih banyak kemahiran yang anda akan boleh perolehi seperti:

membaca ‘manga’ komik jepun
meningkatkan kefahaman semasa menonton drama atau rancangan TV berbahasa Jepun
dan sudah tentu menaipnya di keypad handphone anda untuk menghantar mesej kepada kawan berbangsa Jepun anda!

Ramai orang menghabiskan masa beminggu-minggu malah berbulan lamanya untuk menguasai hiragana dan katakana ini. Begitu terlalu lama sebenarnya. Kita sepatutnya boleh mengingat carta kana ini dengan dalam masa beberapa jam saja dengan mudah dan cepat,hanya dengan menggunakan teknik mnemonics.

Sekejap,mnemonics itu apa?

Ringkas kata, ia adalah cara yang digunakan untuk mengingat sesuatu kumpulan subjek dengan mencipta kata-kata dengan inisial, penggambaran kartun, penukaran berangka dan boleh juga dengan membina kata-kata dengan menambahkan vokal secara bebas. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara mudah mengingat KANA dengan mnemonics penggambaran kartun dan penceritaan.

ASAS BUNYI HURUF JEPUN ADALAH A, I, U, E, O

Ya, sama saja seperti Bahasa Melayu. Jadi suku kata yang seterusnya hanyalah konsonan K, S, T, N, H, M, Y, R yang ditambah dengan A, I, U, E, O. JADI UNTUK KALI INI JOM MENGINGAT A I U E O.

👉 あ disebut sebagai Aa seperti dalam ‘Ayah’. Untuk mengingat cari huruf A besar di dalamnya.

👉 い disebut sebagai Ii seperti dalam ‘Ikan’. Untuk mengingat bayangkan bentuk Ikan yang termakan umpan di cangkuk pancing.

👉 う disebut sebagai Uu seperti dalam ‘Ubat’. Untuk mengingat bayangkan huruf U dalam bentuk lengkungan. Sangat mudah nampak,kan?

👉 Seterusnya え disebut sebagai E dalam ‘Enak’ atau ‘Esok’, bukan E dalam ‘Emak’ atau @ ‘Engkau’. Untuk mengingatnya bayangkan gambar burung ‘Eksotik’. Bulu burung besar dan pelik di atas kepalanya menjadikan ia burung yang ‘Eksotik’ sangat, tidak normal.

👉 Akhir sekali お disebut sebagai O seperti dalam ‘Obor’ atau ‘Otak’. Untuk mengingatnya boleh cari dua ‘o’ kecil di dalamnya. Kantan desu ne~Sangat mudah,bukan?😄

Ok, setakat ini saja perkongsian saya pagi ini. INSHAALLAH post seterusnya, akan dikongsikan cara mengingat KA KI KU KE KO pula.

Suka perkongsian tentang teknik belajar bahasa Jepun begini? Jangan lupa tekan SHARE dan LIKE . Pastikan Anda Set SEE FIRST dan tekan Butang Follow ايوني عزيزة. Juga Follow Page Saya @Kacang Jerr. Mata ne


Artikel ditulis oleh AYUNI RAMLI. Beliau merupakan Pelatih NIJI. Kenali Ayuni Ramli dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *