TEKNIK MUDAH BELAJAR BAHASA JEPUN : Hiragana (bahagian 2) | JAPPON

Mungkin ada di kalangan adik adik yang keliru nak belajar bahasa Jepun dulu atau bahasa Cina dulu ? Mana lagi senang atau susah? lagipun, karektor Kanji Jepun rupanya lebih kurang sama saja macam Hanzi Cina.

Soalan :
Kalau saya belajar Hanzi Cina , adakah automatik saya boleh membaca Kanji Jepun?

Jawapan :
Baik, saya orang cina . Dan saya juga belajar bahasa Jepun. Saya nak tunjukkan awak 1 contoh persamaan dan 1 contoh perbezaan dalam mempelajari karektor Hanzi Cina VS karektor Kanji Jepun. Banyak karektor yang nampak hampir serupa bentuknya tapi berbeza sebutan dan makna!

Contoh, 丈夫 dalam Bahasa Cina bermaksud SUAMI manakala dalam Bahasa Jepun bermakna KUAT. Agak mudah untuk difahami juga memandangkan SUAMI dan KUAT ada kaitannya. Seterusnya,epal ditulis begini 苹果 dalam Hanzi Cina tetapi dalam Kanji Jepun ia ditulis begini 林檎 atau リンゴ [KATAKANA].

Atok nenek moyang Jepun menggunakan karektor Cina untuk mencipta banyak perkataan Jepun yang mana maksudnya tidak ada kaitan langsung dengan Bahasa Cina. Menariknya, banyak juga perkataan moden Cina datang dari perkataan Jepun. Contohnya seperti Hanzi 电话 (DianHua) adalah diambil dari Kanji 電話 (denwa) yang bermakna telefon. Senang cerita, karektor Cina lebih ringkas dan lebih mudah untuk ditulis berbanding Kanji Jepun.

Dapat sesuatu tak? Harap dapat sesuatu. Special thanks kepada Xu Hong Yi kerana menerangkan perkara ini di dalam Quora. Baik, hari ini saya sambung lagi mnemonics untuk huruf さ, し, す, せ, そ.


Kantan desu ne~~ Senang sangat kan?

Jika anda suka dengan perkongsian teknik belajar Bahasa Jepun begini, jangan lupa LIKE, tekan butang SHARE & KOMEN post ini ya. Saya suka menulis tentang bahasa Jepun. Boleh Follow dan set SEE FIRST profile👉 ايوني عزيزة jika tidak mahu ketinggalan posting terbaru. dan jangan lupa LIKE PAGE Kacang Jerr @Akademi Seni Dan Media Houki Boshi @STAR JOM P JAPAN

jyaa, mata ne


Artikel ditulis oleh AYUNI RAMLI. Beliau merupakan Pelatih NIJI. Kenali Ayuni Ramli dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *