Dalam video yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian Jepun (METI), mereka menunjukkan cara yang sesuai bagi membasuh penutup muka.
π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·
Bahan-bahannya
β¨Detergen pembasuh biasa.
β¨Tuala yang bersih.
β¨Besen.
β¨Sarung tangan (yang biasa digunakan di sinki dapur).
β¨Penyangkut sidai.
LANGKAH 1
Masukkan detergen ke dalam besen. Pastikan bagi setiap 2 liter air, lebih kurang 0.7 gram digunakan. Kuantitinya dalam 1-2 sudu kecil (kuantitinya bergantung pada jenis detergen).
LANGKAH 2
Menggunakan sudu tadi, larutkan detergen dengan air dengan cara menggaulkannya.
LANGKAH 3
Masukkan penutup muka ke dalam larutan detergen, dan biarkan dalam 10 minit.
LANGKAH 4
Selepas 10 minit, basuhkan penutup muka dengan cara menekan-nekan secara lembut pada permukaan penutup muka.
LANGKAH 5
Di sini tidak boleh dibasuh dengan cara menggosok (rubbing) penutup muka. Sekiranya dibuat begitu, ada kemungkinan fabriknya akan menjadi rosak.
LANGKAH 6
Selepas habis dibasuh, ambil penutup muka itu dan bilas besen.
LANGKAH 7
Letak semula air pili ke dalam besen tadi. Masukkan penutup muka tadi dan bilaskannya. Sekali lagi tidak boleh gosok fabriknya.
LANGKAH 8
Setelah penutup muka dibilas, keringkannya secara perlahan-lahan menggunakan tangan. Picit sedikit permukaan fabrik bagi mengeluarkan air.
LANGKAH 9
Selepas itu sidai di tempat teduh.
Seandainya, penutup muka kelihatan kotor, boleh menggunakan bahan peluntur.
Poin utama
β¨Β tidak perlu gosok fabrik.
β¨tidak perlu dibasuh dengan mesin basuh.
β¨tidak menggunakan mesin pengering.
β¨basuh sekali sehari selepas menggunakannya.
video boleh dilihat di SINI
Artikel ditulis oleh Kamal Zharif untuk JOM P JAPAN