Tasik Kawaguchiko – FARIS FATHIL

○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○○ ○
Tasik Kawaguchiko
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○○ ○

🔵Terdapat 5 jenis tasik di utara kaki Gunung Fuji, salah satunya adalah tasik Kawaguchiko dan ianya adalah kedua terbesar diantara 5 tasik ini. Apa yang membezakan tasik ini dengan tasik yang lain ialah kemudahan yang disediakan untuk datang ke sini seperti bas dan keretapi.

🔵Pelbagai tarikan untuk pelancong juga ada disediakan di kawasan tasik ini seperti kolam air panas, muzium, Taman Tema Fuji Q dan lain-lain.

🔵Tasik ini akan dihiasi dengan pokok-pokok sakura yang mekar bila tibanya musim bunga dan pemandangan akan nampak lebih cantik lagi dengan gabungan sakura dan Fuji-san.

🔵Begitu juga pada musim luruh dimana daun-daun akan bertukar menjadi merah dan keperangan menjadikan pemandangan di sini menjadi lebih cantik dan romantik.

🔵Walaubagaimana pun jika anda hendak datang ke sini untuk melihat Fuji-san, pastikan anda melihat dulu ramalan cuaca kerana jika anda tidak bernasib baik, anda tidak dapat melihat Fuji-san kerana terlindung dengan awan mendung.

sumber foto: www.japan-guide.com


Artikel ini ditulis oleh FARIS FATHIL untuk JOM P JAPAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *