β β β β β β β β β β β β β ββ β
Tasik Kawaguchiko
β β β β β β β β β β β β β ββ β
π΅Terdapat 5 jenis tasik di utara kaki Gunung Fuji, salah satunya adalah tasik Kawaguchiko dan ianya adalah kedua terbesar di antara 5 tasik ini. Apa yang membezakan tasik ini dengan tasik yang lain ialah kemudahan yang disediakan untuk datang ke sini seperti bas dan keretapi.
π΅Pelbagai tarikan untuk pelancong juga ada disediakan di kawasan tasik ini seperti kolam air panas, muzium, Taman Tema Fuji Q dan lain-lain.
π΅Tasik ini akan dihiasi dengan pokok-pokok sakura yang mekar bila tibanya musim bunga dan pemandangan akan nampak lebih cantik lagi dengan gabungan sakura dan Fuji-san.
π΅Begitu juga pada musim luruh dimana daun-daun akan bertukar menjadi merah dan keperangan menjadikan pemandangan di sini menjadi lebih cantik dan romantik.
π΅Walaubagaimana pun jika anda hendak datang ke sini untuk melihat Fuji-san, pastikan anda melihat dulu ramalan cuaca kerana jika anda tidak bernasib baik, anda tidak dapat melihat Fuji-san kerana terlindung dengan awan mendung.
sumber foto:Β Japan Hoppers
Artikel ditulis oleh FARIS FATHIL. Beliau merupakanΒ krewΒ JOM P JAPAN TALENT. KenaliΒ Faris FathilΒ dengan lebih dekat lagi diΒ sini.