Assalamualaikum wbt
Post ni ialah post yang pertama di mana saya akan bercerita mengenai kumpulan artis yang diuruskan oleh AHB yang saya panggil ARTIS NIJI. Yelah, dah uruskan tapi takde nak buat post khas pasal artis tu, rasa macam tak betul pulak, haha. Makanya lepas ni saya akan mula banyakkan bercerita mengenai Artis NIJI ni dalam blog. Boleh juga asah skill menulis sayaπ
Okay, jadi dalam post yang pertama ni saya nak bercerita serba-sikit pasal artis pertama yang saya rekruit masuk akademi pada tahun ni iaitu….(bunyi gendang)…ENCIK MEERU TOBI! π₯³π₯³π₯³
Baik, macam mana saya boleh terjebak dengan encik Meeru Tobi ni?? SAYA PENDEKKAN CERITA!
Sebenarnya saya pendekkan cerita sebab saya dah tak berapa nak ingat dah macam mana, hahahaπ Tapi kalau tak silap saya, masa tu bulan 2 dan saya sedang dalam usaha menambah kawan-kawan FB yang pandai dalam bidang seni lukis. Jadi saya join banyak group-group FB pelukis. Maka macam itu lah saya kenal encik Meeru. Sebab dia banyak berkongsikan pasal komik yang dia tengah kerjakan dekat group-group FB pelukis tu.
Saya dekati encik Meeru dan saya tawarkan dengan perkhidmatan AHB iaitu bagi menguruskan karya seni MEERU TOBI dan dia terus bersetuju dengan tawaran tanpa banyak soal. Maka, macam itulah kisah terjebaknya MEERU TOBI dalam Artis NIJI ni, hehe.
Boleh jengah-jengah page profil MEERU TOBI kalau nak tengok karya seni encik Meeru ni ye. Link nak beli komik pon ada saya lampirkan dekat page. Nak lagi best, silakan join group FB milik encik Meeru dan oh, nama group tu bukan MEERU TOBI tau, tapi EASTERN LEGACYπ₯°

Jadi dekat sini saya nak terangkan serba-sikit la macam mana AHB menguruskan Artis NIJI macam encik Meeru ni. Ada sistem dan langkah-langkahnya, dan walaupon di bawah sistem yang sama, langkah pengurusan adalah berbeza mengikut artis. Itu semua bergantung kepada situasi artis tu sendiri la.
Tapi bagi encik Meeru ni, langkah pengurusan dah mudah sikit sebab encik Meeru dah ada group FB dan juga ada kawan-kawan yang juga pelukis.
Makanya, mula-mula sekali saya bentukkan krew khas dulu untuk encik Meeru. Krew ni senang cakap tim pengurusan la, haha. Jadi AHB pon dah senang nak menguruskan encik Meeru bila sudah ada krew ni sebab mereka ni yang akan banyak membantu kerja-kerja encik Meeru.
AHB hanya menyusun gerak kerja dan menguruskan saja supaya kerja yang dibuat ada sistem. Camtuπ
Nak kenal dengan krew encik Meeru??? Boleh klik link ni dan oh, nama krew encik Meeru bukan KREW MEERU TOBI tau, tapi EASTERN LEGACY jangan keliru pulakπ
Okay yang ini penting. Tujuan AHB menguruskan Artis NIJI ni cuma ada 2 saja iaitu ;
βοΈ bagi membantu mengembangkan legasi artis.
βοΈ bagi menambahkan sumber pendapatan artis.
Dan sebab itulah, penubuhan KELAB PEMINAT adalah langkah penting dalam menguruskan Artis NIJI! Encik Meeru pon Alhamdulillah AHB dah buatkan dah kelab peminat beliau tapi belum dilancarkan lagi la. Nak jengah-jengah boleh saja, heheπ KELAB PEMINAT EASTERN LEGACY

Pasal kelab peminat ni nanti saya akan terangkan pada post-post akan datang la ye, InsyaAllah. Saya pon dah sakit jari menaip ni haha, maka saya akan terus ke kesimpulan sajaπ€©
Encik Meeru tengah tunjukkan langkah-langkah mempertahankan diri yang dia masukkan dalam komik JEJAK HARUNA, dah macam orang menari pulak. Mata saya berkaca-kaca menahan air mata melihatkan kesungguhan encik Meeru berkarya.
Kesimpulannya sertailah KELAB PEMINAT EASTERN LEGACY bila dah dilancarkan nanti k!π€©π€©π€©π€©π€©