
Kepada peminat anime, pasti anda semua pernah nampak watak dalam anime tersebut makan macam ni kan? Nampak sedap dan terliurkan?Haaa, ni lah Tamago kake gohan (卵かけご飯),
Tamago kake gohan merupakan hidangan sarapan yang sering dinikmati oleh orang Jepun yang mengandungi nasi putih, telur mentah dan kicap.Ehh??? Makan nasi dengan telur mentah? Tak bahaya ke? Bukan boleh kena keracunan makan ke? 😱😱

Untuk pengetahuan anda semua, telur di Negara Jepun special sikit tau kerana di Jepun telah menerapkan proses menghasilkan, mencuci, dan memilih telur dengan sangat ketat bagi meminimakan jangkitan bakteria Salmonella. 🦠🦠

Ayam ternakan telah diberi makanan yang mengandungi ramuan yang sangat berkhasiat sejak mereka masih lagi anak ayam. Setelah bertelur, telur tersebut akan dikumpulkan untuk dicuci, dipilih, dan dibungkus oleh mesin yang canggih. Mesin tersebut memainkan peranan untuk menyamakan kedudukan telur agar kuning telur tidak menyentuh cengkerang telur, membersihkan kulit telur dari semua jenis kotoran dan bakteria, dan memeriksa bahawa tidak ada retakan atau darah di telur.

Sekiranya terdapat telur yang tidak memenuhi piawaian ini, telur tersebut tidak akan dijual, atau dijual dengan label yang menyebutkan bahawa mereka tidak boleh dimakan mentah.Huhuhu, hebatkan.

Untuk pengetahuan anda semua, kuning telur di Jepun berwarna oren dan siap boleh dicubit lagi, eiii geramnya…. Putih telur pula kelihatan bersih lutsinar. Hehehe, lepas ini bolehlah cuba makan nasi putih bersama telur mentah. Tapi pastikan telur yang anda beli itu betul-betul fresh ye 😉
Artikel ditulis oleh RAFIQAH MOHAYGEN. Beliau merupakan Pelatih NIJI. Kenali Rafiqah Mohaygen dengan lebih dekat lagi di sini.