Assalamualaikum, hai semua!
Tak lama lagi kita akan berhari raya, jadi saya harap para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya ya.π Pada post kali ini, admin nak berkongsi sikit beberapa fakta mengenai sukan tradisional yang semua orang kena tahu, iaitu sukan SUMO.

Jom kita teruskan!
Sumo (ηΈζ²) adalah sukan gusti tradisional Jepun. Peserta (rikishi) akan bertanding dalam satu bulatan dan mereka akan berusaha menjatuhkan atau menolak lawan keluar. Sukan ini telah berusia beberapa abad dan dipenuhi dengan upacara dan istiadat.
Ini ialah 7 fakta menarik mengenai sukan ini :
π PEMAIN SUMO TIDAK SEMESTINYA GEMUK
Pada awal kewujudan sukan ini, pemainnya tidak semestinya perlu gemuk. Malah ada saja pemain yang skinny. Yang penting, pemain ini perlu ada otot yang kuat. Macam dalam gambar ni! Tapi lama-kelamaan ianya telah berubah menjadi trend di mana kebanyakkan pemain sumo adalah berbadan besar.
π ORANG ASING JUGA BOLEH MENJADI PEMAIN SUMO
Walaupun sumo ialah sukan tradisional Jepun, tapi orang asing juga dibenarkan untuk menjadi pemain. Tapi ada hadnya! Dikatakan, pada awal tahun 90-an, Persatuan Sumo Jepun hanya membataskan 6 orang pemain asing saja di setiap kandang perlawanan.
πHANYA ORANG BERUSIA 50-AN DAN KE ATAS SAJA YANG MEMINATI SUMO
Dikatakan kebanyakan peminat sukan ini hanyalah mereka yang berusia 50-an dan ke atas. Ini tidak menjadi sesuatu yang pelik memandangkan sukan ini juga ialah sukan tradisional.
π PERNAH ADA PEMAIN WANITA
Wanita dibolehkan menyertai sukan ini pada zaman dahulu! Tetapi disebabkan sukan ini ganas dan boleh membunuh, akhirnya Persatuan Sumo Jepun melarang keras penyertaan pemain wanita. Walaupun sebenarnya ramai saja wanita Jepun yang berminat dengan sukan ini.
π PEMAIN JEPUN HARUS HIDUP DALAM TRADISI
Ternyata, untuk menjadi pemain sumo ini, mereka bukan saja perlu mempunyai kekuatan semasa di kandang. Tetapi mereka juga masih perlu menjaga tradisi walaupun di luar kandang. Malah, hukuman juga akan dikenakan sekiranya pemain ini melanggar peraturan.
Itu saja yang admin boleh kongsikan, hehe. Selebihnya anda boleh lawati website ini : 7 FAKTA OLAHRAGA SUMO YANG TAK BANYAK DIKETAHUI ORANG π
Baiklah, InsyaAllah admin akan berkongsikan pula artikel yang menarik seperti ini pada post akan datang ya. Di kesempatan ini admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di seluruh dunia ya! Mari kita sama-sama menyambutnya dalam keadaan yang bersederhana saja, InsyaAllah! π₯°