
Hari ini bermula bandar Tokyo dan 3 wilayah sekitarnya diisytiharkan ‘state of emergency’ (緊急事態宣言: kinkyuu jitai sen gen) sehingga 7 Februari.
Ini 5 jangkaan tahun 2021 kalau tengok perangai orang negara matahari terbit :
🔻 Pada masa yang terdekatan ini, boleh tunjukkan pengurangan kes cuma tak pasti banyak atau tak. Kalau berdasarkan maklumat dulu ketika lockdown, data dari NTT Docomo Inc menunjukkan, pada jam 3pm 26hb April, kadar orang yang keluar rumah berbanding waktu sebelum wabak (purata hari siang antara 18 Januari dan 14 Februari 2020) seperti ini, Ada tempat yang menunjukkan 87.8% pengurangan manakala ada tempat yang menunjukkan 18% peningkatan. Dalam 7 wilayah yang mula-mula diisytiharkan darurat menerima pengurangan antara 50-70%. Di Tokyo, ada 5 kawasan di bandar yang menerima 80% pengurangan, termasuklah di kawasan Marunouchi iaitu 85.3% (kawasan betul-betul tengah Tokyo)- Stesen Shinjuku, Tokyo : 81.9% (pusat komersial utama Tokyo)Menurut East Japan Railway Co., sebanyak 30% pengurangan penumpang dilaporkan di laluan Yamanote pada 28 – 29 Mac lalu. Jadi, walaupun pada mata orang awam masih nampak macam banyak orang sesuka hati keluar rumah, tetapi data memberikan info sebaliknya.

🔻 Kehidupan hariannya berjalan seperti biasa. Tiada arahan kuarantin wajib. Sekiranya hendak pergi makan luar pada waktu siang, ia tiada masalah. Nak guna kenderaan awam? Boleh saja. Seandainya hendak menyewa kereta, lakukan sahaja seperti biasa. Kalau tengok pada situasinya, macam pelik kerana keadaan bandar-bandarnya besar dan padat dengan orang. Penduduknya tinggal sangat berdekatan antara satu sama lain. Apabila naik tren, orang perlu rapat-rapat. Mempunyai penduduk yang ramai orang tua (1/3 dari populasi ialah orang veteran).- Rakyat lelaki suka hisap rokok, dan ke-3 tertinggi dalam negara G7.

🔻 Dalam jangka masa terdekat, berkemungkinan orang Jepun akan bernasib baik kerana faktor sebegini ; Orang Jepun tidak amalkan budaya yang suka berpegang-pegang. Apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali, rakyatnya cenderung untuk tunduk hormat berbanding salam. Orang Jepun cenderung untuk memakai penutup muka (respirator atau mask). Ia sudah pun wujud sejak sekian lama. Apabila seseorang jatuh sakit, mereka akan terus memakainya. Selain itu, kalau musim sejuk dapat rasa sedikit panas serta mahu pelihara privasi. Kalau balik rumah, amalan cuci tangan pun sudah dibiasakan macam orang kita dulu sebelum masuk rumah perlu basuh kaki.– Sikap Jepun yang tidak mahu menyusahkan orang lain sejak dari dulu. Ini dapat dilihat pada budaya Jepun itu sendiri, iaitu konsep Omoiyari. Maksudnya ‘fikir ketika berbuat’. Fahaman ini memberi maksud berfikir adakah tindakan yang dibuat akan memberikan kesan pada orang lain. Seterusnya membolehkan orang untuk mempelajari kemahiran ‘read the atmosphere’ bagi satu-satu situasi.
🔻 Orang Jepun dikenali dengan bangsa yang mengikut peraturan, lagi-lagi di negara mereka sendiri. Menurut dari The Record China, orang Jepun menganggap undang-undang adalah perkara yang dibimbing (guided) dan dikuatkuasakan oleh orang melebihi daripada ‘kerajaan’.Mereka berusaha dalam mengekalkan yang undang-undang yang mampu untuk ikut, kemudiannya menjadikannya sebagai kesalahan atau tanggungjawab peribadi apabila seseorang melanggar peraturan. Bekas profesor undang-undang di Universiti Doshisha, Tetsuro Kawamoto berkata yang kemungkinan rakyat Jepun akan mengikuti arahan.Seperti yang diberitahu oleh tuan Zulkarnain Hasan Basri, orang Jepun mudah patuh pada peraturan. Jika ramai yang buat maka orang lain akan turut serta, seolah-olahnya bergerak ikut barisan. Itu semua apabila ada info yang betul. Tuan Zulkarnain juga memberitahu, warga matahari terbit ini ada amalan suka bercakap ketika makan dan duduk bersama dalam tempoh yang lama selepas kerja. Sekarang ini kerajaan jepun tidak mengalakkan makan beramai ramai yang melebihi 5 orang. Lagi satu, pengisytiharaan darurat akan berikan fokus yang makan di restauran dan waktu berkerja dihadkan sehingga jam 8 malam. Itulah info orang Jepun perlukan.

🔻 Di Jepun adalah negara yang tak amalkan lockdown 100%. Kerajaan pun tidak amalkan dasar seketat seperti PKP di Malaysia. Sebab apa? Tuan Syairir Malek dan puan Zunita Ramli ada menjelaskan sedikit hal ini. Dulu maharaja mempunyai kuasa yang besar dan tak perlukan keputusan rakyat untuk bergerak. Nak perang pun rakyat ikut saja. Kalau suruh laung ‘majulah Jepun’, bersoraklah rakyat melaungkan slogan ‘majulah Jepun’. Ketika Jepun menyerah kalah dalam perang dunia ke-2, adanya syarat-syarat yang dikenakan dalam Potsdam Declaration. Perjanjian lebih kurang begini. Kerajaan Jepun perlu singkirkan semua halangan bagi mewujud dan memperkuatkan demokrasi rakyat Jepun. Maknanya orang bebas bersuara dan tak kisah nak fikir apa pun boleh. Hak asasi pun terjaga. Dalam soal sejarah Jepun, disebabkan rakyat ikut membuta tuli suruhan maharaja, akhirnya dalam sekelip mata antara 90,000-146,000 orang mati ketika pengeboman bom atom Hiroshima. Itu belum lagi di Nagasaki. 146,000 harapan musnah dalam masa satu hari. Boleh jadi ada saja cita-cita anak dan ibu yang mahu bertemu di bawah teduhan bintang yang sama, tetapi tak kesampaian. Kalian kalau nak tahu traumanya macam mana, tengoklah cerita Violet Evergarden (ヴァイオレット・エヴァーガーデン: Vaioretto Evaa gaaden). Lelaki muka ganas pun mata boleh berkaca.Begitulah Jepun. Moga spekulasi itu menjadi kenyataan. Yang penting, harap-harap vaksin dapat dikeluarkan secepat mungkin.
By the way, kalau sudah habis COVID-19, ada tempat yang kalian boleh cuba. Tempatnya rare dan tak ramai orang pergi. kalian boleh tengok 3 video vlog ke rantau Tohoku:
episod 1 : Kenapa orang Malaysia kena ke Tohoku?
episod 2 : Nampak macam bosan pergi Tohoku, tetapi…
episod 3 : Apa yang perlu buat kalau kena pergi ke kuil Jepun?
Artikel ditulis oleh : Tuan Kamal Zharif bin Kamaludin.