MAKLUMAT PELAJAR AHB

S1. Siapa boleh berdaftar sebagai pelajar AHB?

Warganegara Malaysia 13 tahun ke atas.
Merupakan seorang peminat Jepun atau Korea atau kedua-duanya sekali.
Merupakan seorang peminat seni.
Merupakan seorang peminat artis dan industri hiburan samada di Malaysia, Jepun & Korea Selatan.
Mempunyai semangat patriotisme dan cintakan negara Malaysia.

S2. Apakah kelebihan setelah mendaftar sebagai pelajar AHB?

⭐️Dapat menyertai mana-mana kelab umum secara percuma.
⭐️
Dapat menyertai mana-mana Kelab Peminat Artis (Terdapat syarat penyertaan).
⭐️Dapat menyertai Kelab Tori Tori secara percuma.
⭐️Dapat menyertai Kelab Peminat S.K.Y (Terdapat syarat penyertaan).
⭐️Dapat menyertai Program Latihan Bakat NIJI secara percuma.
⭐️Dapat menyertai program utama akademi iaitu Program Kumpulan Penghibur Antarabangsa (Bayaran dikenakan).
⭐️Dapat menyertai mana-mana program sampingan akademi yang lain.
⭐️Dapat menyertai mana-mana kelas (Bayaran dikenakan).
⭐️Dapat menyertai mana-mana krew (Terdapat syarat penyertaan).
⭐️Dapat mengumpul jumlah BINTANG apabila membeli barangan di Kedai Online IIKANJI.
⭐️Dapat mengumpul jumlah BINTANG apabila menyertai program & kelas di bawah AHB.
⭐️
Dapat menyimpan duit atau membuat pelaburan bersama AHB.
⭐️Dapat menjadi penulis dan admin mana-mana portal media di bawah AHB.

S3. Berapakah yuran pendaftaran untuk menjadi pelajar AHB?

RM44.99 dan hanya dibayar sekali seumur hidup sahaja.

S4. Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai pelajar AHB?

Isi borang INI dan hubungi Cik Norjan Binti Ahmad di 011-25072949 melalui mesej Whatsapp bagi panduan seterusnya.

S5. Apakah kelebihan bagi pelajar yang aktif membeli produk dan menyertai program/kelas?

Pelajar boleh mengumpul bintang, dan pelajar yang mengumpul bintang terbanyak akan diberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai setiap hujung tahun (Pengiraan bermula pada September 2021 dan mata bintang akan dikira pada Disember 2022).

S6. Di mana saya boleh lihat jumlah bintang bagi setiap produk , program dan kelas?

Klik pada BINTANG PRODUK bagi bagi melihat jumlah bintang bagi produk manakala klik BINTANG PROGRAM/KELAS bagi melihat jumlah bintang bagi program dan kelas di bawah AHB.