MAKLUMAT AKADEMI

S1. Apakah Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB)?

AHB ialah sebuah akademi seni dan media yang bertujuan untuk menghasilkan tenaga manusia dan bakat yang boleh menghubungkan 3 negara timur iaitu Malaysia, Jepun & Korea Selatan dalam pelbagai bidang, terutama sekali dalam bidang seni dan hiburan.

S2. Sejak bilakah AHB mula beroperasi?

AHB mula beroperasi pada 1 Januari 2020.

S3. Di manakah AHB beroperasi?

AHB beroperasi secara online daripada 1 Januari 2020 sehingga Disember 2024 dengan pejabat sementara di Pontian, sebelum beroperasi secara offline dengan pusat operasi rasmi di KL pada tahun Januari 2025.

S4. Siapakah pengasas AHB?

Pengasas AHB ialah Cik Norjan Binti Ahmad atau Sidonia Locke. Beliau merupakan seorang bekas guru sekolah dengan pengalaman 10 tahun dalam bidang pendidikan.

S5. Apakah objektif AHB ditubuhkan?

Untuk menghasilkan tenaga manusia dan bakat terutamanya dalam bidang seni & hiburan yang terbukti berkesan dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui hubungan yang baik dengan negara Jepun dan Korea Selatan.

S6. Apakah dasar AHB?

AHB mengambil inspirasi dari DASAR PANDANG KE TIMUR yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi diamalkan dalam mendidik dan melatih tenaga manusia dan bakat dalam bidang seni & hiburan.

S7. Apakah halatuju AHB sehingga tahun 2025?

AHB memperkenalkan program utama akademi iaitu Program Kumpulan Penghibur Bertaraf Antarabangsa dan membuat persediaan sebelum dimulakan pada tahun 2025. Persediaan ini termasuklah juga pembukaan pusat operasi rasmi AHB di KL.

S8. Apakah visi AHB?

Menjadi akademi seni antarabangsa yang berkesan dalam membantu menghasilkan tenaga manusia dan bakat yang boleh menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya bidang seni hiburan menjelang tahun 2035.

S9. Apakah program utama AHB?

Program utama AHB dipanggil sebagai Program Kumpulan Penghibur Bertaraf Antarabangsa (ILEP) yang akan dimulakan pada Januari 2025 .