
Projek pertama komik trilogi S.K.Y terbitan Akademi Seni & Media Houki Boshi
🔺 PENGENALAN 🔺
Komik Shin Sensei merupakan sebuah komik strip dan merupakan projek pertama dari Bahagian 1 Komik Trilogi S.K.Y.
Komik ini menghimpunkan kisah-kisah lucu yang dilalui oleh Shin Hideaki, iaitu seorang guru berbangsa Jepun yang baru mengajar di Akademi Seni S.K.Y.
Selain berfokuskan situasi lucu Shin Hideaki yang mengalami kejutan budaya, komik ini juga akan menunjukkan perkongsian budaya antara warga Akademi Seni S.K.Y yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia selain dari bangsa Jepun & Korea Selatan.
Komik Shin Sensei mempunyai sebanyak 100 episod dan diedarkan secara online.