SKANDAL YAMASHITA TOMOHISA|CERITA ARTIS #2

Assalamualaikum

Baru-baru ni selebriti terkenal, Yamashita Tomohisa atau Yamapi terlibat dengan skandal membabitkan gadis bawah umur.

Boleh baca artikel penuh mengenai skandal tu di bawah👇

YAMAPI. Sebab dia la saya mula temui minat saya pada negara Jepun pada tahun 2006 dulu bila saya menonton drama lakonannya, Nobuta Wo Produce.

Saya minat sangat dengan dia masa tu, termasuklah kumpulannya NewS.

Yamapi banyak gembirakan saya di saat saya melalui saat sukar masa di universiti dulu.

Tapi tak lama la minat giler dekat dia sebab beberapa bulan lepas tu saya mengalihkan minat saya pada kumpulan ARASHI pulak haha.

Tapi baru nampak hikmahnya skg kenapa saya tak minat dia lama.

Rasanya kalau saya masih lagi minat Yamapi, saya mesti akan lagi terkesan bila baca berita-berita skandal dia.

Ya, skandal baru-baru ini bukanlah skandal dia yang pertama. Tapi banyak kali juga dia terlibat dengan masalah yang boleh memudaratkan imej syarikat pengurusan dia, Johnnys Entertainment.

Walaupun dah tak berapa minat dia lagi, tapi rasa sedih juga la bila dengar berita skandal baru-baru ni. Orang yang pernah gembirakan saya dulu rupanya bermasalah😭.

Of course tiada siapa yang sempurna, tapi sebagai seorang selebriti yang berpengaruh..sepatutnya mereka perlu ada rasa tanggungjawab untuk menjadi contoh yang baik kepada masyarakat, betul?

Itu pandangan saya mengenai selebriti.

Jadi kalau selebriti itu buat perangai, maksudnya mereka bukanlah contoh yang baik lagi kan? Apa lagi kalau mereka terus-terusan membuat masalah. Jadi kenapa kita mesti ‘kekal’ minat dengan selebriti yang macam tu kan.

Saya just bersyukur yang saya dah tak minat Yamapi lagi. TAPI, saya tetap hargai kesan baik yang dia berikan kepada saya sebelum ini.


JO1 kesayangan saya 🥰

Hurmm..bila fikir balik, skg saya minat sangat dengan kumpulan Jpop, JO1. Kumpulan ni masih lagi rookie, jadi saya tak jangka yang mereka akan buat perangai dalam masa 2, 3 tahun ni. Tapi JO1 buat saya gembira sangat skg, Alhamdulillah.

Tapi adakah saya akan terus minat mereka kalau ada salah satu ahli yang buat perangai? hehe..entahlah..kita tengok saja la ye🤪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *