Sistem Akademi & Sekolah | PERKEMBANGAN AKADEMI

Assalamualaikum✨

Lama saya tak berkongsi perkembangan akademi dek sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi syukur Alhamdulillah mula dari 19/11 yang lepas saya sudah boleh aktif bekerja semula. Jadi seperti mana yang ada saya sebutkan dalam blog peribadi saya pada minggu ini yang sekarang akademi sedang bersiap sedia untuk memasuki proses bagi tahun kedua.

Saya ingin bercerita sedikit mengenai hasil bagi proses tahun ini yang sudah tercapai. Ada 5 elemen (bermaksud ada 5 hasil) tapi saya nak highlight mengenai 1 elemen saja, iaitu SISTEM.

Saya rasa penting untuk saya bercerita mengenai sistem akademi, sebab ianya ada kaitan dengan sistem pekerjaan saya sebelum ini iaitu sistem sekolah.

Kelakar juga sebenarnya apabila difikirkan balik apabila saya cuba untuk membangunkan akademi mengikut system dalam model-model perniagaan yang selalu dikongsikan oleh pakar keusahawanan sebelum ini. Tapi satu haram pon tak jadi. Tak jadi bukannya sebab model perniagaan yang diajar oleh bekas mentor saya itu tak bagus, tapi sebab memang tidak bersesuaian dengan akademi.

Sekarang bekas mentor saya tu pon dah unfriend saya di facebook, haha..kecewa mungkin sebab saya tak ikut cakap dia. Saya minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak ikut. Saya pon tak tahu kenapa saya susah sangat nak ikut tips yang beliau berikan, mungkin sebab memang itu bukan bidang saya.

Jadi apabila bercakap tentang bidang, saya cuba untuk kaitkan akademi dengan sistem bidang saya sebelum ini iaitu bidang pendidikan sekolah. Saya cuba lihat semula sistem sekolah dan kaitkan dengan akademi. Hasilnya, lebih lama saya buat kajian lagi mudah untuk saya buat sistem untuk akademi. Mudah sebab saya sudah biasa dengan sistem sekolah. Syukur Alhamdulillah, pengalaman saya dalam bidang pendidikan sekolah selama 10 tahun rupanya tidak sia-sia.

Jadi di bawah saya kongsikan sedikit perbandingan antara sistem sekolah dan juga sistem akademi. Saya juga pasti orang ramai juga mudah nak faham apabila saya buat perbandingan macam ni. Yelah, mestilah ramai yang pernah belajar dekat sekolah sebelum ni kan? Hehe😁

Saya juga ada buat dalam bentuk pdf, boleh download kalau nak tengok keseluruhan perbandingan antara sistem sekolah dan sistem akademi.

InsyaAllah saya juga merancang untuk membuat video 101 untuk saya menerangkan mengenai sistem akademi.

Jadi diharapkan apabila ramai yang sudah faham, ditambah pula dengan sokongan pengalaman saya dalam bidang pendidikan sebelum ini dapat meyakinkan orang untuk bukan saja mendaftar sebagai pelajar akademi, tetapi juga berminat untuk menjadi rakan kerjasama akademi dan juga pelabur InsyaAllah, hehe

Jadi itu saja yang saya boleh kongsikan mengenai perkembangan akademi pada minggu ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *