Hai semua!
Pada post kali ini admin ingin memperkenalkan sebuah karakter utama bagi projek komik AHB tak lama dahulu iaitu SHIN HIDEAKI!
Dalam komik tersebut, Shin memegang watak sebagai seorang guru bahasa Jepun di sebuah akademi seni, iaitu Akademi Houki Boshi! 😆
Projek komik ini ada 2 versi iaitu komik cerita penuh dan juga komik strip.


Komik versi penuh dilukis oleh pelukis CYOKO manakala versi chibi pula dilukis oleh pelukis JILL.
Penghasilan komik ini sudah dimulakan pada tahun 2016, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, projek ini terpaksa ditangguh sejak tahun 2017.
Namun, pada tahun ini, AHB ada perancangan untuk menyambung semula projek ini, tetapi di bawah jenama NIJI TALENT (Memandangkan pelukis komik ini juga ialah dari NT).
Walau bagaimanapun, hal ini masih lagi dalam perancangan dan belum ada kepastian lagi.
Admin harap, projek ini dapat disambung semula la, sebab…buat kerja biar sampai habis kan? hehe
Apa-apa pon, perkembangan mengenai projek ini akan diupdate dari masa ke semasa. Jadi nantikan!
Oh ya, berbalik kepada Shin-sensei.
Pada asalnya, watak Shin Hideaki ini dicipta khas supaya dapat menjadi maskot atau wajah AHB. Ini kerana Shin ialah seorang guru yang juga sangat berbakat dalam bidang seni. Semua benda dia boleh buat. Boleh menyanyi, main alat muzik, berlakon dan sebagainya. Kiranya Shin ini adalah seorang All-rounder! Ianya bertepatan la dengan imej AHB sebagai sebuah akademi seni & media, hehe.
Kalau projek ini boleh disambung semula, mesti best. Boleh la kita tengok muka Shin ni selalu.
Moga ada berita gembira berkaitan projek ini yang dapat dikongsikan nanti. InsyaAllah!🥰
Artikel berkaitan : Aki, Teru, Shin-sensei, Kei dan Kazu