◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘
Shibuya
◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘
🔵Shibuya antara bandar yang sibuk dan popular dari segi fesyen dan pusat membeli belah. Ramai remaja suka datang ke sini untuk membeli-belah kerana mereka boleh mendapatkan fesyen-fesyen yang terkini.
🔵Kebanyakan pereka fesyen di Jepun berasal dari Shibuya. Bagi anda yang sukakan fesyen-fesyen terkini boleh datang ke sini untuk melihat sendiri fesyen yang lain dari yang lain.
🔵Selain itu, Shibuya juga terkenal dengan patung Hachiko. Hachiko ialah seekor anjing yang sangat patuh kepada tuannya. Mengikut cerita orang ramai, anjing ini selalu menunggu tuannya pulang di hadapan Stesen Shibuya walaupun tuannya sudah meninggal dunia. Sebab itu, patungnya dibina bagi memperingati kejadian tersebut.
🔵Di sini anda dapat melihat lintasan pejalan kaki terbesar di Jepun yang dikenali sebagai scramble crossing. Anggaran sekitar 1000 orang menggunakan lintasan ini pada waktu yang sama. Banyak juga cerita filem menggunakan tempat ini sebagai tempat pilihan mereka untuk penggambaran filem. Contohnya seperti Tokyo Drift, Resident Evil dan banyak lagi.
🔵Pada November 2019, sebuah bangunan telah siap dibina di di atas Stesen Shibuya yang dikenali sebagai Shibuya Scramble Square. Ia menempatkan pusat membeli belah dan restoran-restoran mewah.
🔵Apa yang menarik di tingkat atasnya dibina sebuah dek pemerhati secara terbuka. Dengan hanya 2000 yen sekali masuk, anda dapat melihat bandar Shibuya dari perspektif yang lain dan pemandangan pada waktu malam dengan lampu-lampu yang menghiasi bandar Shibuya.
sumber foto: www.japan-guide.com
===========================================================
Artikel ditulis oleh : Faris Fathil, untuk JOMPJAPAN