Di Jepun, ada rancangan realiti yang memaparkan:
– artis datang sekolah
– ada aktiviti murid-murid sekolah dengan artis
– ada sesi luahan kata/beri pendapat/sesi bicara hati/ sesi claim, dan ia dibuat berdepan dengan rakan sebaya murid-muris lain.
– sesi luahan kata ada sehingga murid-murid meluahkan cita-cita mereka atau kemahuan yang mahu dicapai.
Terkini ada seorang murid yang betul-betul mahu berjumpa dengan penyanyi terkenal Lady Gaga.
Hasil dari pertolongan staf rancangan realiti, akhirnya murid tersebut dapat berjumpa 3 minit dengan Lady Gaga, walhal untuk mendapatkan sesi 1 minit pun agak sukar bagi kebanyakan orang.
*foto: ahli kumpulan boys band V6 menjadi cikgu bagi sesi pelajaran bahasa kebangsaan (bahasa Jepun).
Artikel ini ditulis oleh : Kamal Zharif bin Kamaludin, untuk JOMPJAPAN