Orang popular Jepun yang bangkit dari rumah ‘setinggan’. Jepun merupakan negara yang mempunyai jurang orang kaya dan miskin yang rendah. Kebanyakannya merupakan orang yang berada dalam kelas pertengahan (middle class society). Bagi yang datang ke Jepun, boleh sahaja tengok gaya rumah mereka, kebanyakan hampir sama. Mereka berjalan dengan baju yang sama, makan makanan yang sama. Walaupun begitu, ada sahaja orang yang duduk rumah setinggan. Walaupun ia terpaksa hidup dalam ‘unfair disadvantage’ tetapi mereka mampu naik ke kemuncak kerjayanya.
Ini contoh orang yang asal dari penempatan setinggan👇👇
1. Masahiro Nakai

Nakai merupakan bekas ahli kumpulan mega popular Jepun, SMAP. SMAP mempunyai rekod gemilangnya yang tersendiri.
Sekarang ini, beliau adalah di antara selebriti terkaya dan paling tinggi bayarannya di Jepun. Menurut National Tax Bureau pada tahun 2003, Nakai adalah pembayar cukai tertinggi dalam bidang industri hiburan Jepun.
Sejarah dulunya sangat berbeza:
✨ rumahnya hanya sebesar 4 hamparan tatami penuh, dan 3 hamparan tatami separuh penuh. Siling juga rendah. Saiz 1 hampar tatami hanyalah 1.53 meter persegi.
✨ Beliau hanya boleh mandi 2 kali seminggu, termasuklah ketika musim panas.
✨ Hendak beli ‘beef bowl’ di Yoshinoya pun tak mampu, begitu juga hendak beli burger McD big mac. Kedai Yoshinoya di Jepun seperti antara makanan sarapan pagi biasa bagi orang kelas pertengahan.
✨ Di rumah, Nakai makan nasi dengan butter atau kicap masin, ataupun dibubuh wasabi dan cuka.
✨ Ada masanya Nakai terpaksa makan nasi berlaukkan air sejuk sahaja.
✨ Sekarang ini, beliau tidak lagi bermasalah dalam soal dunia. Walaupun begitu, apabila tiba soal makan, beliau tidak mampu untuk tinggalkan sisa makanan yang tidak terhabis.
2. Maggy

Seorang model dan talent Jepun, dan mempunyai ayah berbangsa Scotland dan Kanada. Ibunya pula orang Jepun. Kedua-dua ibu bapanya bercerai. Bapanya bekerja sebagai pelakon dan narrator di Jepun, tetapi gaji yang diterimanya sangat kecil. Oleh itu pendapatan tidak stabil.
Beliau memberitahu ketika zaman kecilnya, perbezaan antara ada pendapatan dan tiada pendapatan adalah sangat serius.
3. Masatoshi Hamada

Beliau ialah pelawak terkenal Jepun.
✨ Bapanya bekerja di kedai cat.
✨ Setiap hari, ada sahaja pemungut hutang datang singgah ke rumahnya.
✨ Ada satu harinya, siling rumahnya pecah. Orang korea yang duduk di tingkat atas mula jatuh.
4. Hitoshi Matsumoto

Matsumoto merupakan pelawak terkenal dan juga selalu bergandingan dengan Masako Hamada.
✨ Membesar di bandar Amagasaki, wilayah Hyogo (berdekatan Osaka).
✨ Ketika zaman kecilnya, beliau tinggal di rumah yang agak miskin.
✨ Rumahnya adanya lantai lopong dan tidak diperbaiki.
✨ Hotdog dipanggil oleh beliau sebagai Yakiniku (Daging bakar). Daging bakar selalunya mahal.
✨ Anjing belaannya terpaksa dibuang oleh bapanya kerana tidak mampu memberinya makan.
✨ Beliau tidak mampu membeli basikal.
✨ Ketika di sekolah rendah, Matsumoto terpaksa meninggalkan tim besbal kerana tidak mampu membeli sarung tangan yang dikhaskan untuk tangan kiri.
Ada lagi beberapa orang yang asalnya dari ‘rumah setinggan’ tetapi mampu naik sehingga mencapai puncak kegemilangan kerjayanya.
Didoakan sesiapa yang berada dalam ujian sedemikian supaya sentiasa tabah. Insya-Allah ada jalan keluar nanti. Amin.
Artikel ini ditulis oleh Kamal Zharif Kamaludin untuk JOM P JAPAN