SEJARAH PERKEMBANGAN AKADEMI HOUKI BOSHI

Assalamualaikum, hai semua! Apa khabar? Admin doakan supaya anda yang membaca artikel ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik saja😁

Bagi artikel kali ini, admin mahu berkongsikan mengenai sejarah perkembangan Akademi Houki Boshi (AHB), sejak bila dan bagaimana akademi ditubuhkan, dari awal sehingga kini.

Diharapkan artikel ini dapat membantu menjelaskan mengenai latarbelakang akademi juga kepada mereka yang baru mengenali AHB.

Baik, mari kita mulakan! 🤩


3 SEPTEMBER 2013 (MBBJBHB)

Logo MBBJBHB

AHB tidak mula ditubuhkan sebagai sebuah akademi seni dan media seperti hari ini. Segala-galanya bermula apabila pengasas AHB, cik Norjan binti Ahmad membuka page FB atas nama “Mari Belajar Bahasa Jepun Bersama Houki Boshi (MBBJBHB) untuk berkongsi ilmu pembelajaran bahasa Jepun sambil menawarkan kelas Bahasa Jepun secara post.


26 APRIL 2014 (BJBHB)

Logo BJBHB

Setelah hampir setengah tahun beroperasi, MBBJBHB telah melalui penjenamaan semula dan beroperasi sebagai Bahasa Jepun Bersama Houki Boshi (BJBHB) selama hampir 2 tahun.

Idea “Akademi Houki Boshi” telah dilahirkan dalam waktu ini.


 27 SEPTEMBER 2015 (KOMIK AKADEMI HOUKI BOSHI)

BJBHB ketika itu ada perancangan mahu menerbitkan komik mengenai sebuah akademi seni. Jadi nama “Akademi Houki Boshi” telah dipilih.

Watak-watak komik Akademi Houki Boshi

27 MAC 2016 (JAPPON)


BJBHB melalui penjenamaan semula sekali lagi dan kali ini atas nama JAPPONiaitu sebuah pusat komuniti bagi peminat Jepun.

Pada ketika ini, projek komik Akademi Houki Boshi masih lagi berjalan dan sudah pon menyiapkan beberapa episod komik. Namun pada penghujung tahun 2016, projek ini terpaksa dihentikan atas sebab-sebab tertentu. 

JAPPON juga terpaksa dihentikan operasinya pada awal tahun 2017.


23 OGOS 2018 (AKADEMI HOUKI BOSHI-persediaan)

Logo Akademi Houki Boshi

Setelah setahun lebih terhenti, pengasas telah menyambung semula aktiviti dengan membangunkan Akademi Houki Boshi, bukan sebagai projek komik, tetapi sebagai sebuah akademi seni yang akan rasmi beroperasi pada 1 Januari 2020. Kerja-kerja persediaan sudah mula dibuat pada ketika ini.


1 JANUARI 2020 (AKADEMI HOUKI BOSHI-rasmi)

Akhirnya pada 1 Januari 2020, AHB telah rasmi beroperasi dengan pusat operasi sementara ialah di Pontian, Johor. Adapon, beroperasi sebagai sebuah akademi seni dan media dengan struktur organisasi yang baru hanyalah pada bulan April.

JAPPON juga sudah mula disambung semula operasinya sebagai sebahagian daripada AHB.


Jadi, itulah dia sejarah perkembangan AHB dari mula terbitnya idea penubuhan sehinggalah kini.

Walaupun perkembangan ini mengambil masa yang lama dan masih lagi belum boleh dikatakan sangat berjaya dan terkenal di Malaysia, namun usaha berterusan serta tanpa putus asa melakukan kerja-kerja penambahbaikan itu adalah amat dibanggakan!

InsyaAllah, admin doakan  moga artikel ini membantu anda mengenali sejarah perkembangan AHB!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *