SAMBUTAN TAHUN BARU DI JEPUN – FARIS FATHIL

Sambutan Tahun Baru di Jepun🎊
╚══════════════════════╝

🔵Pada 1 januari yang lalu semua negara menyambut tahun baru dengan cara dan budaya yang tersendiri. Di Jepun, selamat tahun baru disebut akemashite-omedetou-gozaimasu dan diucapkan diantara satu sama lain. Mereka mula bercuti panjang bermula dari 30 Disember sehingga 3 atau 4 Januari.

🔵Pada setiap tahun baru, masyarakat Jepun akan menghidangkan makanan tradisional yang istimewa yang dihidangkan di dalam Jubako box yang bertingkat yang dipanggil Osechi Ryori. Contoh hidangan adalah seperti mochi, makanan laut, sushi dan pelbagai lagi.

🔵Bagi kanak-kanak di Jepun pula, perayaan tahun baru memang masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka kerana mereka akan menerima wang angpau sempena tahun baru. Tradisi memberi wang kepada kanak-kanak ini dipanggil Otoshidama.

🔵Selain itu, masyarakat Jepun akan pergi ke shrine atau temple pada cuti tahun baru setiap tahun untuk berdoa bagi kesejahteraan hidup mereka untuk tahun tersebut. Kebanyakan shrine akan ramai dikunjungi kerana bagi masyarakat Jepun, ini adalah masa yang terbaik untuk berdoa disini.

Foto: Makanan Tradisional Japan Osechi Ryori
sumber foto: wikipedia

Ditulis oleh : FARIS FATHIL, untuk JOMPJAPAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *