12.1.2021 : Salji Di Toyama

Hari ni kerja kita tak kutip sayur, tapi masih bersihkan salji. Seminggu lebih ni memang akan ngadap kerja ni je kot. Hari pertama kerja lepas salji teruk melanda Toyama, di mana sudah 35 tahun tak pernah salji turun sebanyak ni dalam masa yang sangat singkat.

  • Bos kiter

Ada rumah hijau bos saya Fujita-san, yang musnah dek beratnya salji. Jadi, hari ni, untuk mengelakkan kemusnahan rumah hijau yang lain, kerja kita adalah korek dan alih salji2 yang melitupi bahagian tengah rumah hijau. Rumah hijau ni, kalau musim selain masa penuh dengan salji ni, perlu guna tangga nak panjat hingga ke atas. Betapa banyaknya salji yang turun tahun ni sampai terkambus kebanyakan rumah hijau.

Selain bos saya, ada juga kes2 kawan2 petani lain yang mengalami kemusnahan rumah hijau yang sama. Petang pula ada mesyuarat dengan geng Chioko(baca semula di dalam post yang saya dah pin di atas). Berbincang mengenai apa nak buat untuk laporkan kerja2 yang telah buat pada tahun ni, kepada komuniti2 Asahi dan kepada pejabat daerah. Kalau ikutkan tahun2 sebelum ni, ada buat presentation slide, rakaman interview, video, dan panel. Tahun ni, dengan kes COVID lagi, nak kena fikir cara untuk sampaikan juga. Sebab kami ni di gaji oleh cukai rakyat kan. Kena lah sampaikan laporan.

Akhir kata, setelah meredah salji dan trafik sesak ke bandar Kurobe, bandar terdekat dengan Asahi, yang sekiranya tiada apa2 aral, dalam 20-25 minit boleh sampai ke destinasi kali ini iaitu kedai sushi Hamazushi, kalau ikut LIVE video masa memandu tadi, ambil masa 1 jam 15 minit nak sampai. Ujian betul salji ni. Dengan lapar teruk juga tadi, memang balas dendam terus makan sushi tadi.

Sekian. Wassalam. Oyasuminasai(Ucap masa nak tidur)


Ditulis oleh Wafi Azizul Otoko Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *