Assalamualaikumπ
Dah lama tak update blog disebabkan oleh keadaan emosi yang tak stabil dek masalah kesihatanπ. Sakit telinga pada orang lain mungkin dengar macam tak besar tapi cuba sendiri yang kena. Mahu tak bangun mu dari katil sebab rasa tak selesa sangat nak buat kerjaπ€‘. Tapi takpe la, orang kata sakit penghapus dosa jadi tahan je la sakit ni sambil terus ambil ubatπͺ.
Okay! Jadi saya akan kongsikan apa benda best yang terjadi yang saya buat mula 15/10/2020 sampailah 28/10/2020!
Sebenarnya banyak benda yang terjadi dalam masa 2 minggu ni..Walaupun saya tak boleh nak aktif sangat tapi syukur masih buat progress jadi, syukur Alhamdulillah! saya akan kongsikan 5 benda best saja la ye!

Mula aktiviti Kelab Tori Tori
Pertemuan yang pertama ialah pada 17/10/2020 yang lepas. Saya ada berkongsikan dalam post ini.

Program Edutravel Ke Pontian
Draft program saya dah hasilkan pada 16/10/2020 dan nak tunjukkan kepada salah seorang jawatankuasa kampung. Tinggal nak berjumpa saja untuk perbincangan bulan depan.

Perbandingan sekolah dan AHB
Sebab saya ada background sebagai guru sekolah dulu. Jadi saya boleh buat perbandingan antara sekolah dengan AHB saya sekarang, jadi mudah la orang nak faham apa itu AHB π

Program Latihan Bakat NIJI
Alhamdulillah, Program Latihan Bakat NIJI juga dah mula sejak 15/10/2020 dengan batch 1 projek STAR JOM P JAPAN dan juga penubuhan kumpulan artis untuk kampung tempat tinggal saya ni, hehe..info lanjut, bulan depan saya shareπ€©

Hubungan kerjasama AHB
Dan saya juga telah mula untuk lebih serius dengan hubungan kerjasama dengan beberapa pihak seperti FIZA SUSHI bagi naik bersama-sama melalui program & projek yang kami akan buat. InsyaAllah info lanjut, bulan depan! β€οΈ