SAIDATINA KHADIJAH (RA) : USAHAWAN DERMAWAN – FIZA SUSHI

Assalamualaikum..

Sharing tokoh wanita muslimah yang sangat Fiza kagumi dan menjadi idola..SAIDATINA KHADIJAH…

Siapa yang tidak mengenali srikandi Islam yang cukup hebat, Siti Khadijah Binti Khuwailid. Dilahirkan di Makkah tahun 68 sebelum hijrah.

Siti Khadijah sangat terkenal dengan sifat peribadinya yang dermawan dan ketokohannya dalam bidang perniagaan sangat dikagumi oleh bangsa Arab Quraisy. Siti Khadijah terkenal dalam kalangan para sahabat sebagai pejuang dan srikandi yang sanggup berkorban harta dan jiwa raganya demi menegakkan syiar Islam.

Ketika zaman Rasulullah SAW di Mekah, ada satu tahun yang dalam sirah disebut sebagai ‘Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam sepanjang hidup Rasulullah.

Tahun itu berlaku di mana, selepas kes boikot terhadap Rasulullah dan orang Islam ketika itu, Abu Thalib (pakcik baginda) dan Isteri kesayangan baginda, Khadijah r.anha meninggal dunia. Semasa saat Khadijah nak meninggal dunia, Rasulullah ada di samping beliau dalam keadaan sedih.

Kalau korang nak tahu, sebelum Khadijah berkahwin dengan Rasulullah, khadijah adalah seorang wanita yang sangat-sangat super duper KAYA dan HARTAWAN.

Tetapi, selepas beliau berkahwin dengan Rasulullah, beliau telah memberikan seluruh harta dan jiwanya kepada jalan Allah dan DAKWAH Islam.

Ketika beliau nak meninggal dunia, duit yang ada dengan Khadijah hanyalah beberapa sen saja (kalau kita kira guna duit Malaysia sekarang).

Bahkan, pada saat itu juga, Khadijah ada menyebutkan satu kata-kata yang sangat masyhur kepada Rasulullah,

”Wahai Rasulullah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku,TULANG-TULANGKU MAMPU DITUKAR dengan dinar dan dirham, maka GUNAKANLAH tulang-tulangku demi KEPENTINGAN DAKWAH yang panjang ini.”

Allahu Akhbar.
============================
Hebat sungguh Srikandi Islam ni..
Sebagai seorang muslim, berjaya dalam bidang perniagaan bukanlah satu perkara yang mustahil. Kita kena kuat semangat dan tekad dalam diri supaya tidak berputus asa bagi menguasai sesuatu bidang.

Contohilah sifat dermawan Siti Khadijah. Lebih banyak harta .. lebih banyak sedekah.. Semoga kita sentiasa betul kan niat kenapa nak kaya dan berjaya..
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah.. InsyaaAllah.

#FizaSushi
#PjjSushi
#halalsushikit
#wakuwaku


Artikel ditulis oleh Yuka Fiza untuk FIZA SUSHI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *