Platform Pembelajaran

SAHMURA (Platform Pembelajaran Negara Malaysia) merupakan sebuah platform pembelajaran di bawah Kelab Peminat Malaysia di mana semua peminat Malaysia boleh mendapatkan maklumat mengenai apa-apa saja berkaitan negara Malaysia yang tercinta.

Anda juga boleh ikuti SAHMURA di Facebook

Terdapat 6 bahagian di bawah SAHMURA. Setiap bahagian berkongsikan info yang berbeza. 

AKSARA berkongsikan info mengenai bahasa Malaysia. Daripada sejarah sehingga peribahasa. Daripada bahasa Melayu sehingga ke bahasa Iban.

PUSPITA berkongsikan fakta-fakta menarik mengenai industri hiburan di Malaysia. Daripada pelakon drama terkenal sehingga penyanyi trend masa kini.

ATMA berkongsikan fakta-fakta menarik mengenai makanan Malaysia. Daripada ramuan sehinggalah kepada resepi dan trend makanan di Malaysia.

NIRMALA berkongsikan fakta berkaitan budaya di Malaysia. Daripada permainan tradisional sehinggalah kepada kepercayaan mengikut adam resam pelbagai kaum di Malaysia.

JUMANTARA berkongsikan tempat-tempat menarik di Malaysia. Daripada tempat pelancongan sehingga ke tempat-tempat yang jarang diberi perhatian, tetapi juga menarik!

KIRANA berkongsi fakta-fakta menarik mengenai negara Malaysia yang perlu diketahui!