Progress Dalam Masa 11 Hari| BLOG NIA #8

Assalamualaikum

Lama sungguh tak update blog, haha..kali terakhir update ialah pada 6 Julai 2020 (11 hari)πŸ˜…

Jadi saya akan recap apa progres yang saya dah buat dalam masa 11 hari tu dalam blog kali ini hoho. Oh yeah, saya rasa macam seronok pulak bila dapat rekod dan peka dengan progres setiap hari, haha. It really helps me to live in the moment and appreciate every seconds of it. Macam slot #NiaDiari yang saya selalu upload dekat akaun InstagramπŸ˜‚

Satu lagi sebab kenapa saya buat benda rekod merekod ni dan lebih tepat lagi, konsisten..ialah untuk menunjukkan kesungguhan saya untuk membangunkan AHB, dan secara tak langsung dapat meningkatkan keyakinan terhadap saya untuk menjalankan misi & visi AHB.

Guys, i don’t do this because i WANT to. But i just HAVE to.

Sebab inilah tujuan saya dihidupkan di dunia ini ; untuk membangunkan akademi seni & media DAN membuktikan yang melalui hubungan baik bersama negara Jepun & Korea terutama dalam bidang seni hiburan juga boleh membantu mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.


Okay, sudah agak melalut. Mari kita ke tujuan utama blog ini ditulis.πŸ˜‚

JADI ALHAMDULILLAH!

Dalam masa 11 hari ini saya sudah selesai setup keempat-empat kelab peminat ; Kelab Peminat Malaysia, Kelab Peminat Jepun, Kelab Peminat Korea & Kelab Peminat Seni ! termasuklah platform media untuk perkongsian info (ini cara 1 AHB untuk menghubungkan πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡―πŸ‡΅ πŸ‡°πŸ‡·)

Jadi saya namakan platform media itu sebagai SAHMURA πŸ‡²πŸ‡Ύ , JAPPON πŸ‡―πŸ‡΅ & GORYEO πŸ‡°πŸ‡·.

Proses untuk nak setup platform media ni agak leceh sebab setiap platform media juga ada 6 kategori di bawahnya. Jadi nak mencari nama, lepas tu buat logo dan lepas tu setup di website ambil masa yang agak lama. Tapi saya masih lagi boleh berbangga sebab dalam masa yang sama juga saya dapat menyiapkan artikel mengenai 29 MUALAF KOREA. I really have worked hard *pat ownself*

Itu tak termasuk setup untuk Kelab Peminat Seni sekali. Saya masih perlu setup program edutravel khas untuk ahli KPS.

Apapon Alhamdulillah, saya dah mula buka untuk pendaftaran pelajar AHB mulai hari ni! Another next step! πŸ₯°

Okay la, setakat ini saja update untuk blog kali ini. Sudah tidak larat sebab sudah larut malam🀣

Perjuangan akan diteruskan lagi bulan ini! Great thing will surely come! 😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *