Restoran Mesra Muslim Di Asakusa, Tokyo

Saya ragu-ragu dengan restoran di Tokyo ini.

Ketika baru dibuka, saya cuba melihat apa yang cuba ditawarkan.

“Ala, makanan Jepun…”

Mungkin orang lain mahu berkata ini:

“Wow, makanan Jepun la!”

“Mahu pergi nih!”

“Pergi Jepun lebih baik rasa makanan Jepun, aisey.”

akademi-houki-boshi-asakusa-japan-restoran-muslim

Bagi saya pula, makanan Jepun ‘menyumbang’ masalah ini:

“Mahalnya!”

“Orang Muslim mampu ke makan di sini?”

Selalunya orang luar yang datang ke Jepun akan mengalami masalah rindu makanan negara ibunda mereka. Sukar untuk telan makanan Jepun yang kurang rasa. Dalam bahasa Inggeris, ‘not having a strong taste’.

Itu kerisauan yang melanda hati. Adakah restoran tersebut mampu bertahan dalam jangka masa bertahun akan datang?

akademi-houki-boshi-asakusa-japan-restoran-muslim-1

“Ok, pergi sahajalah, lagipun ia restoran baru.”

Bagi Muslim, ia berita yang sangat baik kerana wujudnya usaha orang Jepun untuk sediakan fasiliti halal.

Fasiliti halal memerlukan usaha yang jarang dibuat oleh orang Jepun. Kosnya juga sepatutnya mahal. Sebagai contoh, daging ayam atau lembu sahaja sudah lebih mahal 120%.

Dalam hati, sebenarnya kami sebagai Muslim sangat berterima kasih atas hospitaliti gaya Jepun.

Waktu tengahari menyediakan sajian yang berbeza berbanding menu waktu malam. Saya pergi ke restoran pada waktu tengahari.

akademi-houki-boshi-asakusa-japan-restoran-muslim-2

Setibanya di restoran, ini yang terbayang:

“Daging ikan mentah, kurang rasa, hanya cicah dengan kicap masin, masak sup-sup yang tiada rasa. Itu sahaja.”

Kedatangan disambut dengan ucapan ‘irrashaimase’.

Saya diberikan tempat duduk tingkat 1, berdekatan tingkap. Menu diberikan, dan

“Eeeeh!!! menu ni??!”

Apa yang terbayang sebelum ini sudah berubah 180 darjah.

akademi-houki-boshi-asakusa-japan-restoran-muslim-2

“Orang Malaysia boleh makan ni!”

“Nampak sedap dan ada rasa.”

Menu tersebut menepati budaya Jepun tersendiri, disamping dapat sesuaikannya dengan lidah orang asia tenggara.

“So, the lunch menu is this?” Saya bertanya kepada staf kacukan arab-Jepun.

“Yes, it is gyu-katsu.” jawab staf tersebut.

Saya tidak berkata apa-apa, melainkan tunggu sahaja kedatangan daging lembu ‘deep fried’.

Tidak lama kemudian, datanglah menu idaman. Ia didatangkan dengan:

– Nasi semangkuk (nasi Jepun; jadi tidak perlu terlalu banyak).
– Sos seperti kicap
– Wasabi
– Sos warna kuning (tidak ingat apa, tetapi sedap)
– Seaweed (rasa kenyal dan sedap)
– Sos untuk dimakan sekali daging
– Sup miso.
– Tempat bakar daging katsu. (Ia digunakan apabila pelawat tidak mahu makan medium rare).
– Timun, tomato, salad

“Makanan kesihatan?” Tiba-tiba hati tertanya. Hal ini kerana setelah duduk 4 tahun di Jepun, ini yang secara tidak langsung terfikir.

akademi-houki-boshi-asakusa-japan-restoran-muslim-4

Bagi orang fitness, makanan perlu ada jumlah protein yang mencukupi, bersama sekali dengan sayur.

Saya memilih untuk bakar daging sehingga ia betul-betul masak. Hal ini kerana saya bukannya peminat daging lembu. Dari kecil lagi tidak suka makan, asal sahaja ia liat sedikit, terpaksa buang semula makanan yang sedang dikunyah.

Sekali masuk sahaja daging ke dalam mulut, ia memang sedap. Mudah dikunyah dan teringin mahu makan lagi. Daging tidak liat seperti masakan-masakan yang pernah dirasa sebelum ini.

Bagi peminat daging pula, disarankan untuk mencubanya. Rasanya pasti lain dari daging normal biasa.

Tambahan, ‘deep-fried’ membuatkan ia rasa lagi enak.

Bagi yang ingin melawat restoran, boleh datang ke sini:
https://goo.gl/maps/JdNmgdowDE72

Restorannya bukan di dalam bangunan, jadi mudah untuk kenalpasti.

Ini pula laman webnya:
https://www.origami-asakusa.jp/en/

akademi-houki-boshi-asakusa-japan-restoran-muslim-5

Cara hendak pergi menggunakan tren:

– Berhenti di stesen Asakusa (Ginza line), dan keluar di exit no.5.
– Pastikan menggunakan google map.
– Pastikan ada modem wifi kerana ia mempercepatkan untuk jumpa restoran.

akademi-houki-boshi-asakusa-japan-restoran-muslim-kamal-zharif-bin-kamaluddin-jom-p-japan

Rupanya, asakusa ada menu restoran mampu beli, hanya 1,500 yen.

Nilai 1,500 yen bagi menu berdaging tersebut boleh dikatakan berpatutan kerana:

– Ia ada cop halal yang diiktiraf.
– Ia menu yang ‘smart’.
– Dagingnya pasti bukan daging biasa-biasa.
– Sesuai untuk pengunjung grup ahli keluarga, ala-ala gaya ‘family-restaurant’ Jepun.
– Ia menu yang bukan ala-ala gerai tepi jalan.
– Tempat berhawa dingin.

Restoran juga ada tempat solat, ia memuatkan 2 orang. Tempat solatnya menyediakan tempat wuduk. Mudah untuk pengunjung perempuan.


Artikel ditulis oleh : Tuan Kamal Zharif bin Kamaludin, untuk JOMPJAPAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *