Resepi Sushi Mentai – Salmon | Octopus | Crabstick

Moshi moshi..Ramai betul peminat sushi mentai sekarang. Sushi mentai ni juga antara best seller student -student sensei Fiza. So, sensei Fiza rasa nak share la resepi ni, supaya korang boleh berniaga juga.

Mentai sos bermaksud sos yang ada telur kecil-kecil ( ebikko, tobikko)


Resepi Sos Mentai
β–ͺ️ 2 sudu makan ebikko
β–ͺ️ 1 sudu makan mayonis (Saji)
β–ͺ️ 1 sudu makan sos 3 rasa ( Mahsuri)
β–ͺ️ 1 sudu kecil sos korea ( Swiss bear)

~Campur semua bahan dan gaul sebati.

Bahan- bahan Grilled Salmon
β–ͺ️ Salmon slice
β–ͺ️ Sos 3 rasa

~Perap selama 30 minit dan pan grilled

Bahan- bahan Seasoned Octopus
β–ͺ️ Baby octopus
β–ͺ️ Sos 3 rasa
β–ͺ️ Sos korea
β–ͺ️ bijan putih

~Perap selama 30 minit dan pan grilled

Resepi nasi sushi
β–ͺ️ 2 cup beras Jepun
β–ͺ️ 2 cup setengah air
β–ͺ️ 6 sudu makan cuka sushi
β–ͺ️ 4 sudu furikake

~ Bilas beras 6-7 kali sehingga air jenih
~ Masak guna rice cooker
~ Apabila nasi dah masak dan masih panas, letak cuka sushi.
~ Tabur furikake bila nasi dah sejuk

harga jualan
◾️ Salmon Rm 8-10
◾️ Chuka iidako Rm 8-10
◾️ Crabstick Rm 5

Boleh tengok cara buat dekat channel youtube saya ye..

Selamat mencuba..semoga berjayaπŸ₯°


Resepi ditulis olehΒ YUKA FIZA. Beliau merupakan pemilik FIZA SUSHI dan ahli KUMPULAN ARTIS NIJI. KenaliΒ Yuka FizaΒ dengan lebih dekat lagi diΒ sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *