S1. Ada berapa jenis kelab di bawah AHB?
AHB mempunyai 4 jenis kelab di bawahnya iaitu ; KELAB UMUM, KELAB TORI TORI, KELAB PEMINAT ARTIS & KELAB PEMINAT S.K.Y.
Ada kelab yang boleh disertai secara percuma saja selepas mendaftar sebagai pelajar AHB seperti Kelab Umum. Ada juga kelab yang hanya boleh disertai secara percuma apabila pelajar itu sudah menyertai program atau produk yang dihasilkan oleh KREW tertentu seperti Kelab Peminat Artis.
Pelajar juga boleh mencadangkan kepada AHB untuk menubuhkan kelab mereka sendiri seperti Kelab Tori Tori.
Manakala pelajar yang ingin menyertai Kelab Peminat S.K.Y pula membayar yuran keahlian sebelum boleh menyertai kelab.