Pusat Da’wah Islam Yang Pertama Di Jepun | JAPPON

Bismillah

PUSAT DA’WAH ISLAM YANG PERTAMA DI JEPUN sedang berusaha untuk memberikan peluang kepada warga Bumi Matahari Terbit ini untuk mengenal Islam.Walaupun Islam telah sampai ke sini sejak 130 tahun, Tetapi masih belum mampu berkembang. Jepun merupakan satu satunya negara maju di dunia yang paling sedikit jumlah muslimnya.Ini kerana masalah bahasa dan kekurangan ahli-ahli kerja kerja da’wah sepenuh masa. Kami mahu menaik taraf keadaan di sini.

ISLAM UNTUK SEMUA. Kita MAHU MEMBERIKAN MEREKA PELUANG MENGENALI ALLAH.

Adalah menjadi kesedihan yang tak terhingga kepada manusia yang hidupnya sehingga mati tidak berpeluang mengenali penciptanya.Islam di Jepun merupakan Agama yang paling disalahfahami dan agama yang paling tidak diketahui. Penduduknya yang beragama Islam hanya 0.03% dari keseluruhan warga Jepun.

Tujuan kami cuma satu. Iaitu membuat kebaikan supaya Allah memasukkan kami semua ke dalam syurganya.

Surah As Saff 61:10-11.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh MENYELAMATKAN kamu dari AZAB SEKSA yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu BERJUANG MEMBELA DAN MENEGAKKAN UGAMA ALLAH dengan HARTA benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Kami mahu menambah ramai lagi ahli ahli separuh masa dan sepenuh masa yang berkemampuan untuk bersama. Kami juga mahu MEMBINA MASJID KHAS untuk warga Jepun.


CIMB Account BankDa’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)
Nama: DIDBMT ENTERPRISE(No pendaftaran:002917724-D)
Current Account : 86-03519647

Sila sharekan informasi ini semoga dengannya akan lebih ramai yang mampu membuat kebaikan.Doakan agar kami yang berdakwah di sini dilindungi Allah sentiasa, diberikan ilmu, diberikan hidayah, diberikan kekuatan dan petunjuk, dimurahkan rezeki, disatukan hati dan dibimbing Allah ke jalan yang lurus.


Sumber asal
Japan Da’wah Centre in Osaka
Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit oleh Zulkarnain Hasan Basri & Sahabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *