PROGRAM SOKOLA|PERKEMBANGAN AHB #8

Assalamualaikum

Alhamdulillah bermula hari ini saya dah mula jalankan program khas yang saya cipta bagi membantu mencapai visi AHB dalam masa 15 tahun.

Saya panggil program ni sebagai PROGRAM SOKOLA!

KENAPA SOKOLA?

Sebab program ini terdiri daripada 3 peringkat, iaitu ;

PERINGKAT 1 – Sokongan (SO)
PERINGKAT 2 – Komitmen (KO)
PERINGKAT 3 – Pelaburan (LA)

Fokus saya pada tahun ini ialah peringkat SOKONGAN. Saya nak dapatkan sokongan ramai orang dahulu dan lepas tu buat mereka yakin supaya boleh pergi ke peringkat KOMITMEN 💪

Yelah, untuk membina sebuah bangunan, bukan kecil sumber kewangan yang diperlukan bukan? Jadi sebelum AHB boleh pergi ke peringkat untuk memohon dana yang lebih besar, terlebih dahulu AHB mesti mendapatkan seberapa banyak sokongan dari rakyat Malaysia. Barulah ‘seronok’ sikit nak meminta dengan ‘orang-orang besar’ 😄

Selain itu juga sokongan ini dapat menunjukkan ramai lagi orang yang mahukan bangunan ini dibina. Barulah lebih meyakinkan 😉


Alhamdulillah saya dah mula sebarkan tentang program ini bersama orang-orang terdekat dengan saya dulu sejak semalam dan saya juga dah buat page khas mengenai program di website.

jemput baca😄

Dari masa ke semasa saya akan update lagi mengenai program dan perkembangan AHB di sini dan juga di akaun sosial yang lain 😊

Alhamdulillah, satu lagi langkah ke hadapan. Step by step! 💪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *