Program SOKOLA

Program SOKOLA merupakan sebuah program teras bagi menjayakan visi AHB iaitu untuk menjadi akademi yang berkesan dalam membantu menghasilkan tenaga manusia dan bakat yang boleh menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya bidang seni & hiburan dengan terbinanya sebuah bangunan akademi menjelang tahun 2035.

Draft pelan bangunan akademi adalah seperti pada butang di bawah ini.

Sebagai tambahan, pembinaan bangunan akademi ini juga boleh menjadi daya tarikan dalam bidang pelancongan, membantu menaikkan ekonomi negara dan juga boleh mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa terutama sekali dalam bidang seni hiburan.

Setiap peringkat dalam PROGRAM SOKOLA ini direka khas bagi menjayakan misi untuk membina sebuah bangunan.  


πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Ada 3 langkah yang anda boleh gunakan untuk memberikan tanda SOKONGAN iaitu ;

⭐Berdaftar Sebagai Pelajar AHB

⭐Menyertai Program Keusahawanan IIKANJI

⭐Menyertai Kumpulan Artis NIJI

Surat pengakuan akan diberikan kepada pelajar untuk diisi seperti dalam contoh di bawah ini.

Surat pengakuan ini akan disimpan dan akan dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kegunaan kelak (memohon dana kewangan).


BERDAFTAR SEBAGAI PELAJAR AHB

Selain dapat membantu misi kami, ada pelbagai kelebihan lain sekiranya anda mendaftar sebagai pelajar AHB iaitu :

⭐️Berpeluang menyertai aktiviti seperti kelas-kelas dan program-program yang dianjurkan oleh setiap kelab peminat dengan pilihan harga istimewa dan pelbagai kelebihan lain.

⭐️Dapat menyertai mana-mana kelab peminat.

⭐️Dapat menyertai aktiviti/program Kelab Tori Tori secara percuma.


⭐️ Dapat menyertai Program Latihan Bakat NIJI secara percuma.

⭐️ Dapat mengumpul jumlah BINTANG.

⭐️Dapat menyimpan duit atau membuat pelaburan bersama AHB.

⭐️Dapat menjadi admin atau penulis AHB.


⭐️Dapat menjadi pengurus kelab atau pengurus program kelab.

⭐️Dapat menjadi sebahagian dari kumpulan pengurusan dan pentadbiran AHB.


MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN IIKANJI

Satu lagi cara yang boleh digunakan untuk menunjukkan tanda sokongan anda kepada AHB ialah dengan menyertai Program Keusahawanan IIKANJI. Ini merupakan projek kerjasama dengan kedai online IIKANJI. Dalam program ini, anda boleh meletakkan produk anda di kedai online IIKANJI untuk dipromosikan bersama.

Anda tidak perlu mendaftar sebagai pelajar AHB untuk menyertai program ini tetapi ada pelbagai kelebihan lain sekiranya anda mendaftar sebagai pelajar AHB dan juga dapat menyertai kumpulan ini.


MENYERTAI KUMPULAN ARTIS NIJI

Anda juga boleh menunjukkan tanda sokongan anda menerusi bakat yang anda ada! Kumpulan Artis NIJI merupakan sebuah kumpulan artis atau bakat yang diuruskan oleh NIJI TALENT di bawah AHB.

Anda boleh memohon untuk memasuki Kumpulan Artis NIJI ini dengan menghantar hasil seni anda seperti lukisan, video cover lagu, video tarian, video mc-ing dan sebagainya yang berkaitan dengan seni.

Selain sebagai tanda sokongan, NIJI TALENT juga akan membantu mempromosikan bakat anda di website dan di akaun sosial kami. Projek-projek juga akan diberikan kepada bakat-bakat dalam kumpulan ini.

Anda tidak perlu mendaftar sebagai pelajar AHB untuk menyertai kumpulan ini tetapi ada pelbagai kelebihan lain sekiranya anda mendaftar sebagai pelajar AHB dan juga dapat menyertai kumpulan ini.


[page ini akan diupdate dari masa ke semasa]