Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Alhamdulillah pusat operasi AHB Kg Serkat, Pontian, Johor sudah mula dibuka untuk dikunjungi penduduk setempat pada 9 Februari 2020!
Tiada apa-apa yang istimewa yang dibuat pada hari tu (takde la sampai nak buat kenduri atau makan-makan 🤭), hanya sekadar pintu utama dibuka dan banting untuk kelas Bahasa Jepun ORIYON sudah dikeluarkan di depan pintu. Banner pula sudah digantung oleh ketua Kampung Serkat (saya pon tak tahu dekat mana kedudukan banner tu skg, haha. Takpe, ada banyak lagi banner akan dibuat nanti).




Jadi buat permulaan, ini adalah program-program yang akan diadakan di pusat operasi iaitu :
Kelas Bahasa Jepun ORIYON
Kelas Membuat Sushi Online : Bersama FIZA SUSHI
Program Latihan HOUSHI
Manakala antara perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan pula ialah :
👉Khidmat TEACHER CARE untuk pelajar sekolah
👉Sewa untuk sesi mesyuarat, latihan & seminar
👉Pinjaman bahan bacaan Bahasa Jepun & Korea Selatan
👉Jualan produk Jepun dan Korea Selatan
👉Khidmat aktiviti akademik pelajar (ulangkaji, kerja rumah, perbincangan)





InsyaAllah, moga permulaan yang kecil ini akan perlahan-lahan terus berkembang, seiring dengan tujuan AHB juga iaitu untuk membantu melahirkan tenaga manusia dan bakat yang boleh mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan menggunakan Dasar Pandang Ke Timur dengan pendekatan yang baru, aamiin ya rabbal ‘alamin.
Kami juga telah membuka ruang kepada mereka yang ingin menaja operasi akademi ini. Saya akan memberikan lebih update kepada mereka yang ingin menaja operasi, samada secara individu, perniagaan, badan kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Sesungguhnya ini bukan usaha seorang dua, tetapi usaha sebagai sebuah masyarakat yang ingin memajukan negara tercinta juga.
Setakat ini saja, berjumpa di post yang lain pula! saya doakan anda yang membaca post ini akan diberikan kesihatan dan kebahagiaan dalam hidup InsyaAllah aamin. Sekian, terima kasih.
-HOUKI BOSHI-