Assalamualaikum hai semua! 🤩
Apa khabar? Admin harap sesiapa yang membaca post ini sihat-sihat sahaja ye 😁
Baiklah, sebelum ini admin ada bercerita mengenai kumpulan bakat NIJI TALENT. Kalau belum baca lagi tu, boleh klik link artikel ini 👉 https://akademihoukiboshi.com/niji-talent-kumpulan-orang-orang-berbakat/
Di penghujung artikel di atas, admin ada sebut mengenai PROGRAM LATIHAN BAKAT NIJI kan? Jadi dalam post kali ini admin akan terangkan sedikit mengenai program latihan ini ya…jom 😁
PROGRAM LATIHAN BAKAT NIJI ini ialah program latihan khas kepada pelajar berdaftar AHB yang berminat ATAU yang mempunyai bakat ATAU yang berpotensi dalam bidang seni hiburan.
Jadi pelajar dalam program ini akan dilatih bakat dan minat mereka melalui aktiviti atau projek yang akan diadakan oleh pihak AHB.
Sebagai contoh, AHB mahu menghasilkan segmen video mengenai dunia otaku yang akan dimasukkan dalam channel youtube JAPPON TV. Jadi AHB akan memilih mana-mana pelajar program ini yang mempunyai minat dalam bidang otaku untuk menjadi pengacara dalam segmen tersebut.
Okay, yang bestnya mengenai program latihan ini ialah, pelajar yang terlibat dengan mana-mana aktiviti atau projek yang dianjurkan AKAN dibayar upah! Tapi upah tu takde la banyak, nama pon program latihan kan, haha. Upah itu cukup sekadar untuk membakar semangat pelajar untuk lebih aktif lagi berlatih.
Satu lagi yang best mengenai program latihan ini ialah, pelajar program boleh menghantar idea projek mereka kepada pihak AHB! Sekiranya pihak AHB berminat dengan idea tersebut, maka projek akan dijalankan DAN pelajar juga akan dibayar upah.
Penglibatan aktif pelajar program ini juga akan dinilai oleh AHB. Sekiranya pelajar program benar-benar berbakat dan mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh, maka pelajar akan ditawarkan untuk memasuki kumpulan bakat, NIJI TALENT!
Haaa…nampak tak flow dia dekat situ? menarik tak? 😉
Apa-apa pun, sekiranya anda berminat untuk menyertai Program Latihan Bakat NIJI ini ialah, pertama sekali mestilah berdaftar sebagai pelajar AHB terlebih dahulu. Dan lepas tu pulak WAJIB menyertai mana-mana kelab AHB (Selain Kelab Tori Tori), barulah anda boleh mengisi borang untuk menyertai program. Macam tu 😁
Apa pon, sebab program latihan ini juga masih baru lagi..jadi ianya hanya diadakan secara offline dulu buat masa ni (ini pon kena tunggu habis PKP baru boleh mula projek 😂). Lepas dah stabil sikit, barulah AHB akan buka program latihan kepada pelajar online….boleh? 😁
Anda boleh rujuk info lanjut mengenai program di sini ya 👉 https://akademihoukiboshi.com/program-latihan-niji/
Baiklah! itu saja dulu penerangan mengenai Program Latihan Bakat NIJI ini! InsyaAllah selepas ini kami akan sentiasa update mengenai perkembangan program ya. Step by step, InsyaAllah 🥰
Jumpa lagi di post-post seterusnya! Jaga diri, dan moga sentiasa di bawah lindungan-Nya..aamiin😁