PROGRAM KEUSAHAWANAN IIKANJI| PERKEMBANGAN AKADEMI

Assalamualaikum

Pada post kali ini saya akan berkongsikan pula perkembangan akademi pada 8/10 sehingga 14/10! 😄

Sebenarnya pada minggu ini, tak banyak kerja yang dapat dibuat kerana keadaan kesihatan saya yang tidak membenarkan saya untuk membuat kerja pejabat lama-lama. Malah sudah 2 minggu saya tidak ke pusat operasi kerana masih makan ubat.🤒

Apa pon pada minggu ini, akademi telah mula fokus dengan kerja untuk mendapatkan dana melalui Program Keusahawanan IIKANJI dengan menggunakan pendekatan peringkat 2 PROGRAM SOKOLA🤩

Draft perjalanan Program Keusahawanan IIKANJI ini juga sudah mendapat lampu hijau dari rakan kerjasama iaitu pengurus IIKANJI SHOPPING CENTRE iaitu Cik Wahidah. Jadi saya akan siapkan bahan persediaan yang akan ditunjukkan kepada usahawan-usahawan pada minggu ini agar mereka berminat untuk mengikuti program ini, dan seterusnya dapat juga menyumbang kepada dana akademi.

Pada minggu ini juga akademi sudah dapat menguruskan perkongsian info bagi NIJI BUZZ, platform media industri seni & hiburan, dengan memasukkan TAIYOU7, K-LIVE & PUSPITA di bawahnya! 😁

Jadi itu saja yang dapat dikongsikan pada minggu ini 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *