PROGRAM EDUTRAVEL, PROGRAM BAKAT & …….| PERKEMBANGAN AKADEMI #14

Assalamualaikum

Apa khabar semua?? Saya harap sesiapa saja yang membaca post blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, InsyaAllah! Saya pula Alhamdulillah sihat-sihat saja 😄

Baiklah, bercerita tentang perkembangan akademi, mulai pada minggu ini akademi sudah boleh mula berkongsi info mengenai program-program kelab di akaun-akaun sosial! Melalui program-program ini jugalah AHB boleh menarik minat orang untuk menyertai kelab-kelab peminat di bawah AHB, InsyaAllah. Ini juga sebahagian daripada Program SOKOLA 😉

Jadi 2 program pertama yang akan diperkenalkan atau dipromosikan mulai minggu ini ialah Program Latihan Bakat NIJI dan juga Program Edutravel!

Buat pengetahuan, Program Latihan Bakat NIJI dan Program Edutravel merupakan 2 daripada 6 program utama AHB yang akan dilaksanakan bermula pada tahun ini. Jadi di bawah program-program ini ada banyak subprogram macam yang boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jadi bagi Program Latihan Bakat NIJI, sub pertama yang akan diperkenalkan ialah PROJEK STAR JOM P JAPAN, manakala sub pertama bagi Program Edutravel pula ialah PROGRAM EDUTRAVEL : JOM P TOKYO!

Jadi itu program kelab, Alhamdulillah sudah dimulakan🥰

Satu lagi yang telah dimulakan pada minggu ini ialah perkongsian info di BULETIN NIJI di bawah pengurusan NIJI TALENT juga sudah dimulakan pada minggu ini!

perkembangan akademi

 

Oh ye, perkongsian info juga ialah mengenai 5 cabang seni yang sudah ditetapkan iaitu seni rupa, seni muzik, seni tari, seni drama & seni sastera. Jadi, perkongsian di BULETIN NIJI ini dibuat dalam bentuk ‘pelajaran’ supaya lebih tersusun mengikut cabang seni.

Saya juga sangat gembira sebab melalui BULETIN NIJI ini jugalah saya boleh ‘mengajar’ semula secara tidak langsung, hahahaha xD

Jadi itu sajalah perkembangan akademi yang boleh dikongsikan dalam post kali ini! Apapun, perjalanan AHB masih jauh lagi. Masih lagi banyak kerja yang perlu dibuat bagi membolehkan ramai orang untuk mengenali AHB dan seterusnya menyokong visi dan misi AHB. Tapi saya percaya, selepas ini akan lebih ramai orang akan mengenali AHB!

Apa yang penting, JUST DO IT!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *