Program Edutravel 2.0

Program ini ialah Program Edutravel juga, cuma dengan tambahan “PROGRAM KELUARGA ANGKAT”!

Tujuan utama program ini diadakan ialah : 

🔸Supaya pelajar AHB mengenali dan mempelajari tempat-tempat menarik di Jepun, Korea Selatan & dalam Malaysia sendiri.
🔸Memberi peluang kepada pelajar untuk mempromosikan Malaysia di negara Jepun & Korea Selatan melalui tugasan/misi yang akan diberikan.
🔸Memberi peluang kepada pelajar untuk mempromosikan Malaysia untuk masyarakat Malaysia sendiri melalui tugasan/misi yang akan diberikan.
🔸 Memberi peluang kepada pelajar untuk menjalinkan silaturrahim dengan masyarakat Jepun, Korea Selatan & sesama rakyat Malaysia dengan lebih dekat lagi.