Produk Tenusu Di Ladang Furano | JAPPON

Kalau bawa group student mesti seronok, sebab dapat tengok depan-depan macam mana kejadian keju. Sepanjang perjalanan ke destinasi pelawat akan menikmati pemandangan ladang Lavender yang warna ungunya menarik mata. Kemudian barulah sampai ke ladang Furano.

Di situ mereka mengeluarkan produk tenusu seperti kek keju, susu, pizza dan juga keju segar dan asli. Kalau kalian selalu tengok keju warna cerah ibarat cahaya matahari, kali ini boleh tengok warna macam waktu malam iaitu hitam. Ia diperbuat daripada dakwat sotong.

Susu di sini sangat segar dan mematuhi standard piawaian yang diakui. Keju di sini sangat segar dan sedap. Kek keju yang disediakan di sini sangat sedap dan lembut. Orang yang teringin nak makan pizza boleh cuba untuk gunakan keju Furano. Bukan itu saja, ia turut mengikut standard piawai dari negara Itali. Nak menghasilkannya perlu melalui proses secara tradisional, iaitu membakar menggunakan arang. 

Kilang Keju di Furano ini merupakan pengeluar tunggal keju di negara Asia. Bagi yang telah cuba keju, macam mana dengan aiskrim? Kalian boleh rasa aiskrimnya yang pelbagai perasa, dan yang paling laris adalah perasa keju dan asparagus. Macam best pula rasa aiskrim yang perasanya jarang ada. 

Bagi tidak melepaskan peluang di kilang Keju Furano kita boleh menghadiri kelas membuat ais krim, keju dan roti. Ini merupakan pengalaman yang menarik untuk diri kita datang ke sini.


Artikel ditulis oleh SAMSIAH ARIFFIN. Beliau merupakan krew JOM P JAPAN TALENT. Kenali Samsiah Ariffin dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *