Perkhidmatan

Ada 5 perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua bakat/artis dalam Kumpulan Artis NIJI iaitu seperti di bawah :

✨Setiap artis akan disediakan sebuah page pada website yang mengandungi profil, video dan hasil kerja yang boleh dijadikan sebagai rujukan bakal pelanggan, rakan kerjasama ataupon peminat.

✨ Setiap artis akan ditawarkan penubuhan kelab peminat (fan club) mereka sendiri yang akan diuruskan oleh NT.

✨Hasil kerja artis akan sentiasa dinaikkan di akaun sosial NT seperti Facebook & Instagram bagi tujuan mempromosikan artis dan untuk menarik pelanggan, rakan kerjasama ataupon peminat.

✨NT akan mencarikan bakal pelanggan & rakan kerjasama (projek kerjasama) kepada artis (Terutamanya pelukis).

✨ NT akan membimbing artis untuk menghasilkan konten atau memberikan projek yang boleh menarik lebih perhatian.



PENTING

🔶NT akan menguruskan aktiviti pembayaran di antara pelanggan dengan artis. NT tidak mengambil keuntungan daripada pembayaran pelanggan ataupon mana-mana projek luar yang melibatkan artis.



BAYARAN PERKHIDMATAN

🔶 NT hanya menerima bayaran perkhidmatan dari pengurusan kelab peminat artis & projek asal NT saja.


🔻 Pada masa akan datang, NT akan menambahkan perkhidmatan tambahan berbayar dan mana-mana artis yang berminat, boleh “upgrade” dengan membayar bagi mendapatkan perkhidmatan tambahan tersebut. Perkhidmatan tambahan ini termasuk kursus kemahiran, projek besar, peluang untuk di bawa ke Jepun atau Korea Selatan dan sebagainya.


 

Mereka yang berminat untuk menyertai KUMPULAN ARTIS NIJI boleh menghubungi pengurus bakat, cik Sidonia Locke melalui WhatsApp di 0112507294 untuk diuji bakat. Mereka yang gagal dalam ujibakat akan dimasukkan dalam Program Latihan Bakat NIJI sebelum boleh menyertai kumpulan.