Perjumpaan Pertama | Kelab TORI TORI #1

Assalamualaikum🥰

Hari ini saya nak kongsikan sikit mengenai perjumpaan pertama saya dengan ahli Kelab TORI TORI setelah lama tak berjumpa sejak perintah berkurung bulan Mac yang lepas.😁

Ahli kelab ni saya panggil dia Kira, pelajar Tingkatan 4 SMK Sri Kukup, Pontian. Pelajar ni bijak orangnya tau. Pelajar akaun, sekolah rendah dekat sekolah cina. Seorang peminat negara Jepun dan merupakan otaku. Okay cukup intro 😂

Biasanya otaku suka melukis, jadi tak kurangnya juga dengan Kira ni. Jadi masa perjumpaan pertama pada 17 Oktober yang lepas, dia tunjukkan kepada saya antara hasil lukisannya.. not bad kan?😉

Selain daripada tu, dia tunjukkan juga kepada saya novel komik yang dibelinya. Jadi kami bertukar-tukar cerita juga la, KIMI NO NA WA la, TENKI NO KO la..haha..macam-macam🤣

Sempat juga dia berkongsi pen melukis yang dia beli online😆 Selain daripada tu, kami juga bertukar cerita mengenai pelbagai topik macam game yang tengah trend sekarang ni, AMONG US, bahasa Jepun, sekolah..macam-macam lagi la. Pertemuan dengan ahli kelab ni lebih kepada pertemuan untuk mengeratkan silaturahim antara pihak akademi dan juga pelajar AHB.

Okay, jadi tu saja sedikit yang boleh saya kongsikan pada minggu ini! Perjumpaan dengan ahli Kelab TORI TORI ini memang ada saya buat tapi tak semestinya setiap minggu. Kadang-kadang saya selang-selikan juga dengan pertemuan dengan usahawan dalam Program Keusahawanan IIKANJI, pelatih Program Latihan Bakat NIJI dan juga rakan-rakan kerjasama untuk projek lain. Itu nanti saya akan kongsikan kemudian, hoho

Jadi itu saja post pertama untuk Kelab TORI TORI! Satu lagi langkah sudah dihayun ke hadapan!😁

NOTA : Oh ya! Kira ada just berkongsikan mengenai youtuber Jepun yang cukup popular (yang mana saya juga tak kenal dia😂) iaitu SORA THE TROLL! hahaha..menarik..banyak benda yang saya tak tahu dalam dunia ni rupanya🤣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *