Assalamualaikum

Dalam post ini saya mahu berkongsikan mengenai perancangan hidup saya daripada umur saya 35 tahun sampailah ke umur 59 tahun. Kalau semua perancangan ini dapat dicapai, barulah saya boleh βpergiβ dengan tenang hahahaπ Apa-apa pon, ini cuma perancangan sajaβ¦sesungguhnya Allah itu Perancang yang lebih hebat. Saya percaya yang perancangan Allah itu jauh lebih baik.
Buktinya, saya masih ingat lagi perancangan saya bermula tahun 2007, iaitu saya merancang untuk menjadi seorang guru bahasa Jepun dekat pusat bahasa saya sendiri. Langsung pon saya tak terfikir untuk bina akademi seni dan media sendiri. Tapi Allah itu Maha Hebat. Sesungguhnya Dia dah tulis perjalanan hidup setiap orang yang hidup di dunia ni. Apa yang saya boleh katakan ialah, saya rasa bersyukur sebab perjalanan hidup saya ditulis seperti ini, βsebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sebuah akademi yang boleh membantu ramai orangβ.
Kalau sebelum ni saya tak nampak jelas hala tuju saya, tapi Alhamdulillah skg sudah jelas apa yang perlu saya buat dalam hidup. Jadi saya rangka perancangan hidup saya semula dan inilah hasilnya π₯°

Apa yang penting, saya redha yang perjalanan hidup saya tidak sama seperti orang lainβ¦bekerja, bercinta, berkahwin, beranak-pinak..hahahaha π€£ kadang-kadang saya terfikir juga dulu kenapa saya tak boleh cuba jadi orang lain saja..just teruskan kerja sebagai cikgu, kahwin ikut pilihan mak ayah dan kalau ada rezeki beranak, beranak laπ Cuba juga sebenarnya sebelum ni tapi memang tak boleh π€· Dah lama-lama tu baru la saya nampak hikmahnya kenapa saya jadi macam tu ; sebabnya saya ada tanggungjawab lain yang Allah bagi dan tanggungjawab ini memerlukan saya tidak boleh hidup settle macam kebanyakan orang. Jadi takpe la. Saya redha dan sekali lagi saya katakan, saya juga bersyukur sebab ‘terpilih’ untuk menggalas tanggungjawab ini.