PENGENALAN…IDOL STUDY | HEROTARI #0

Assalamualaikum

Alhamdulillah, minggu ini saya sudah mula masukkan satu sesi ‘pembelajaran’ istimewa dalam jadual kerja saya iaitu, ‘IDOL STUDY’, khas untuk saya mempelajari mengenai industri boygroup idola di Jepun, Korea & Malaysia juga.

Penting untuk saya mendalami industri ini sebab AHB juga akan menceburi industri yang sama melalui program yang akan dilancarkan pada masa akan datang, InsyaAllah jika tiada aral 🥰

Jadi antara pengisian ‘IDOL STUDY’ ini ialah untuk saya mengenali dan mempelajari boygroup-boygroup sedia ada. Bukan setakat mempelajari profil, personaliti dan aktiviti seni mereka, tetapi juga mengkaji kesan-kesan positif yang setiap boygroup berikan kepada masyarakat.

Antara tujuan yang lain pula adalah untuk saya mengubah perspektif masyarakat kepada boygroup ini secara umumnya.

BTS ialah bukti terbaik yang boygroup sebenarnya juga boleh memberikan impak positif kepada masyarakat dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Saya ambil maklum yang ada segelintir boygroup ini (baik JPOP atau KPOP) boleh merosakkan akhlak orang ramai melalui lirik lagu dan tarian mereka yang melucahkan, tapi tidak semua.

Dan inilah yang akan saya buktikan melalui ruangan HEROTARI ini.

Saya juga berharap agar HEROTARI ini dapat memberikan saya ruang untuk mengingatkan golongan peminat boygroup ini agar tidak obses dengan minat mereka, terutama sekali remaja islam.

Nak minat tak salah, asalkan tahu batas.

Jadi InsyaAllah, pada minggu depan saya akan mulakan dengan bercerita mengenai sebuah boygroup dari Korea Selatan. Boygroup yang mana satu tu?? Hehe..tunggu sajalah 😊

Oh ya, jika berminat anda juga boleh ikuti pengisian HEROTARI di instagram! 🥰

HERO DOESN’T ALWAYS WEAR CAPE, THEY DANCE🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *